Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang

“Kau Masih Bangga Dengan Kacang Masin..”

Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang

Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang

Kakak kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila meluahkan rasa kesal terhadap salah sebuah syarikat penerbangan nasional apabila bagasinya telah hilang, hari ini.

Kehilangan Bagasi

Noor Nabila atau nama penuhnya Noor Nabila Mohd Noor menerusi hantaran di Insta Stories, turut mempersoalkan faktor kebolehpercayaan syarikat penerbangan tempatan tersebut yang menyebabkan kehilangan bagasinya, walhal dia hanya menaiki pesawat yang kecil dan tempoh penerbangan hanyalah selama 2 jam.

“Plane kecik, flight pun 2 jam je, direct route pulak tu. Tapi luggage boleh hilang.”

“Kau Masih Bangga Dengan Kacang Masin Yang Kau Serve..”

Turut memuatnaik tangkap layar status bagasinya, kakak kepada Neelofa ini juga mengharapkan agar syarikat penerbangan terlibat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka, selain masih berbangga dengan pemberian ‘kacang masin’ kepada para penumpang dalam pesawat.

“Do better la Malaysia Airlines, patut la tak pernah maju. Basic reliability pun tak boleh jaga.

Airlines lain dah upgrade service, kau masih bangga dengan kacang masin yang kau serve kat passenger.”-tulis Nabila lagi

Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang

Bukan Lagi Syarikat Penerbangan Yang Digemari

Tambah Nabila, insiden kehilangan bagasinya itu menyebabkan syarikat penerbangan tersebut secara rasmi menjadi paling tidak digemarinya.

“Lain kali tak payah letak ‘priority baggage’ kalau end up hilangkan beg orang.

Kemain check-in priority bagai, last-last tak sampai juga. Malaysia Airlines secara rasmi menjadi paling tidak digemari saya.

Ni dah submit maybe lepas 100 hari berpantang baru reply.”-kesal Nabila

Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang

Terdahulu, syarikat penerbangan nasional tersebut pernah mendapat kritikan pelakon jelita, Rozita Che Wan apabila bagasinya tercicir kerana kecuaian pihak syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Kongsi Che ta, dia tidak menyangka bagasinya masih berada di Kuala Lumpur sedangkan dia telah pun tiba di Kota Kinabalu. Insiden tersebut membuatkannya terpaksa membatalkan makan malam kerana tidak mempunyai baju dan juga beg miliknya di dalam bagasi tersebut.

Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker