Lelaki maut terjatuh ketika ambil bola pickleball

Lelaki maut terjatuh ketika ambil bola pickleball

Lelaki maut terjatuh ketika ambil bola pickleball
Mangsa memanjat pagar sebelah gelanggang untuk mengambil bola sebelum terjatuh. – Foto Threads @Party Prince

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di Pudu, Wangsa Maju di sini, ketika cuba mengambil bola pickleball, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisiober Mohamad Lazim Ismail, berkata sebelum kejadian, mangsa yang berusia 32 tahun sedang bermain pickleball bersama beberapa rakan di tingkat 3 bangunan terbabit.

“Mangsa telah memanjat pagar sebelah gelanggang untuk mengambil bola sebelum terjatuh.

“Polis menerima laporan kejadian itu pada jam 9.43 malam dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kes berasingan, Mohamad Lazim memaklumkan seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah kediaman di Setapak di sini, pagi tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman


“Pihak polis menerima laporan kejadian pada jam 8.01 pagi. Mangsa ditemukan di bahagian belakang pondok pengawal dalam keadaan terlentang sebelum disahkan meninggal dunia.

“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai SDR,” katanya.

Lelaki maut terjatuh ketika ambil bola pickleball

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker