Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan percaya suara rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu sebagai isyarat jelas yang harus diterima dengan hati terbuka.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata keputusan itu perlu dilihat sebagai peluang memperkukuh semangat perjuangan di semua peringkat.

“PRN Sabah kini selesai dan rakyat telah membuat keputusan. Suara rakyat adalah suara keramat. Barisan Nasional menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka, penuh hormat terhadap pilihan rakyat Sabah. Seluruh kepimpinan serta jentera Barisan Nasional juga menjunjung tinggi proses demokrasi ini.

“Jangan sesekali luntur semangat hanya kerana kekalahan itu adat pertandingan. Jangan putuskan silaturahim kerana politik demokrasi yang sementara sifatnya, teruskan politik khidmat kepada masyarakat, kerana politik yang sebenar adalah ibadah di dunia sebelum kita melangkah ke akhirat.

“Percayalah, kemenangan itu akan datang apabila tiba waktunya yang penting, jangan kita lemah semangat. Hormati keputusan rakyat. Pilihan raya sudah selesai. kini masanya kita kembali bertaut, kembali bersatu di akar umbi demi kebaikan kampung dan daerah masing-masing,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini


Mohd Rafi berkata semangat kebersamaan perlu dipertahankan kerana kekuatan parti bermula daripada kesatuan akar umbi.

Justeru itu beliau menggesa semua pemimpin dan penyokong parti agar kembali merapatkan saf, mengetepikan perbezaan serta mengutamakan kestabilan.

“Kerajaan telah terbentuk, kita hormati sepenuhnya sistem demokrasi negara, tidak mahu berpolitik tanpa henti kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain.

“Allah tidak mengizinkan kemenangan untuk satu pihak sahaja hakikatnya, kemenangan itu adalah milik semua apabila keharmonian dan kesejahteraan dapat dipelihara. Bertautlah, bersatulah demi kebajikan, kestabilan dan kemajuan negeri Sabah yang kita cintai.

“Kepada Kerajaan Persekutuan, rakyat Sabah telah bersuara. Dengar dan hormatilah keputusan ini. Negara dan negeri tidak boleh dipisahkan. Jalinkan hubungan yang terbaik demi kestabilan serta keharmonian rakyat Sabah dan Malaysia,” ujar beliau. – UMNO Online

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker