IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
BTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti

KUALA LUMPUR, 3 Dis -Ibrahim Technopolis (IBTEC) bakal menjadi pemacu baharu yang mengangkat Johor sebagai pusat inovasi, pelaburan berkualiti dan ekonomi masa depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohd Jafni memaklumkan bahawa beliau telah hadir ke Majlis Pelancaran IBTEC di Dataran Mahkota, Kota Iskandar pada Rabu.
“Menjunjung kasih YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor yang berkenan mewakili Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bagi merasmikan Majlis Pelancaran IBTEC di Dataran Mahkota, Kota Iskandar. Keberangkatan rasmi ini mencerminkan sokongan penuh Kepimpinan Diraja terhadap hala tuju pembangunan baharu Johor.
“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja IBTEC, saya amat berbesar hati dapat hadir bersama dalam pelancaran projek mega yang akan menjadi nadi ekonomi generasi akan datang.
“Kehadiran dan sokongan padu Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor turut menjadi pemangkin utama kepada keyakinan kita untuk memastikan IBTEC dibangunkan sebagai pemacu transformasi ekonomi negeri,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Zambry Turun Padang Santuni Mangsa Banjir
- ‘Dalam Keadaan Begini… Keselamatan, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan’ – Ahmad Zahid
KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berpandangan bahawa IBTEC akan membuka satu era baharu pembangunan berteraskan teknologi tinggi, digital, bioteknologi dan kejuruteraan.

“IBTEC membuka satu era baharu pembangunan berteraskan teknologi tinggi, digital, bioteknologi dan kejuruteraan – sekali gus menjadikan Johor antara peneraju utama inovasi serantau melalui konsep ‘Asia’s First Circular Sandbox Ecosystem’.
“Platform IBTEC dibangunkan dengan visi jangka panjang, menyasarkan sumbangan RM37.2 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan pembukaan lebih 330,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2047.
“Dengan rekod pelaburan melebihi RM25 bilion di Sedenak Tech Park, keyakinan komuniti pelabur global terhadap Johor terbukti kukuh dan terus berkembang,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan komited dalam memastikan pembangunan IBTEC dirancang secara mampan serta teratur.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan
- PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
- Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi
“Saya merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, agensi teknikal dan pasukan pelaksana yang komited memastikan pembangunan IBTEC dirancang secara mampan dan teratur, sejajar dengan prinsip ekonomi kitaran.
“Dengan kerja berpasukan utuh dan kepimpinan Menteri Besar yang sentiasa mengutamakan pembangunan masa depan Johor, IBTEC bakal menjadi pemacu baharu sekaligus mengangkat Johor sebagai pusat inovasi, pelaburan berkualiti dan ekonomi masa depan. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online
IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan
- Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman
You must be logged in to post a comment.