FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta

FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta

FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Dis – FELCRA Berhad telah mencatat kejayaan baharu apabila menerima dividen berjumlah RM28.1 juta daripada 13 anak syarikat dan syarikat bersekutu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad pada Selasa.

“Di penghujung tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk bertemu kementerian serta agensi-agensi di bawah seliaan saya bagi memperhalusi gerak kerja, menilai pencapaian semasa dan menetapkan hala tuju menjelang tahun hadapan.

“Justeru, saya telah mengadakan pertemuan bersama Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad untuk meneliti perkembangan sebuah organisasi penting dalam memperkasa masyarakat desa,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO telah meminta FELCRA Berhad untuk mengemukakan Pelan Strategik Perniagaan 2026–2036 pada suku pertama tahun 2026.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini


“Pelan ini amat penting untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan jangka panjang, pengukuhan daya saing korporat serta kejelasan hala tuju FELCRA dalam dekad yang akan datang.

“Pada masa yang sama, FELCRA Berhad turut mencatat kejayaan baharu apabila menerima dividen berjumlah RM28.1 juta daripada 13 anak syarikat dan syarikat bersekutu yang disampaikan pada Majlis Penyampaian Dividen Subsidiari dan Syarikat Bersekutu FELCRA Berhad pada Selasa.

“Pencapaian ini mencerminkan prestasi kewangan kumpulan yang kukuh serta keberkesanan strategi pengurusan yang dilaksanakan di semua peringkat,” katanya lagi.

FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta

Mengulas lanjut, beliau yakin bahawa semangat kerja berpasukan yang padu akan menjadikan FELCRA Berhad sebagai kebanggaan masyarakat luar bandar.

“Saya yakin bahawa dengan semangat kerja berpasukan padu dan hala tuju strategik yang jelas, FELCRA Berhad akan terus menjadi kebanggaan masyarakat luar bandar… sebagai sebuah institusi yang bukan sahaja memikul amanah sosial, tetapi juga menjadi penggerak kemakmuran korporat berdaya saing,” katanya lagi. – UMNO Online

FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker