Duda tak serik khalwat, dipenjara 12 bulan
Duda tak serik khalwat, dipenjara 12 bulan

MELAKA: “(Awak) tak serikkah kena tangkap lagi? Seolah-olah awak mencabar undang-undang…”, kata Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd Yunus Mohamad Zin sebelum menjatuhkan hukuman terhadap seorang pemandu lori yang didakwa atas tuduhan bersekedudukan.
Pemandu lori itu, Ibrahim Bacha, 49 tahun dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah bersama seorang wanita bukan Islam.
Mohd Yunus memutuskan hukuman itu terhadap selepas meneliti fakta kes, rayuan serta hujah pihak pendakwaan bagi pemberatan hukuman dan menetapkan tertuduh dipenjarakan enam bulan jika ingkar membayar denda.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membayar denda berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan
- Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan
Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh turut didakwa mengulangi kesalahan terhadap mangsa, tempat dan masa sama pada jam 12.15 tengah malam tadi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 53(1) Enekmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991, jika disabitkan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum 24 bulan atau dengan kedua-duanya.
Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Radzwan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Radzwan dalam hujahnya memohon hukuman penjara dikenakan kerana kesalahan besar dan berulang kali dilakukan tertuduh.
Hujahnya lagi, tertuduh juga sebenarnya mempunyai dua lagi rekod dakwaan kesalahan sama dan hukuman denda saja tidak mencukupi terhadap kesalahan serius dilakukannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Zambry Turun Padang Santuni Mangsa Banjir
- ‘Dalam Keadaan Begini… Keselamatan, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan’ – Ahmad Zahid
KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini
Tertuduh bagaimanapun merayu tidak dipenjarakan atas alasan tinggal di rumah itu kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah dengan pendapatan yang tidak tetap sebagai pemandu lori.
Hakim Mohd Yunus bagaimanapun menegaskan perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh tertuduh yang beragama Islam.
Beliau turut menasihati tertuduh mencari kediaman lain sebagai orang yang beragama Islam dilarang untuk tinggal bersama dengan bukan mahram selain kesal dengan pengakuan tertuduh yang tidak solat lima waktu.
“Jangan tinggal di situ, kita orang Islam dan ini kesalahan berulang,” katanya.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan pertama manakala penjara enam bulan dan denda RM3,000 atau tambahan enam bulan bagi kesalahan kedua.
Duda tak serik khalwat, dipenjara 12 bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
You must be logged in to post a comment.