Didie Alias & Amelina Titip Ucapan Istimewa Buat Erra Fazira
“Akhirnya Allah Dah Aturkan Teman Hidup Kau..”
Didie Alias & Amelina Titip Ucapan Istimewa Buat Erra Fazira

Pelakon, Penyanyi, dan hos terkenal, Erra Fazira baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila dia bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Ezwan Zain atau ‘Mr E’ pada 12 Disember ini.
Mendoakan Kebahagiaan Erra Fazira
Pengumuman khabar gembira itu turut mendapat respon positif oleh rakan selebriti termasuklah pelakon, Didie Alias menerusi hantaran di Instagram, yang sentiasa mendoakan kebahagiaan Erra biarpun mereka tidak selalu bertemu.
“Tahniah makcik, walaupun aku tak selalu dengan kau, aku sentiasa akan mendoakan kebahagiaan kau dunia dan akhirat.
Akhirnya Allah dah aturkan teman hidup kau sehidup semati. Sayang kau Erra Fazira, semoga hari yang bahagia kau berjalan dengan lancar Aamin.”-tulis Didie Alias di Instagram
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan
- Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan
Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman
“Kemungkinan Besar, Saya tercalon Untuk Jadi ‘Presiden’..”
Dalam pada itu, penyanyi dangdut terkenal, Amelina Sharipuddin di Instagram sempat berseloroh bahawa berkemungkinan besar dia bakal tercalon untuk menjadi ‘Presiden’ yang mengetuai ahli-ahli lama dan yang baru.
“Allahu, Alhamdulillah, tahniah untuk sahabatku Erra Fazira bakal pengantin baru dan bakal bergelar isteri dan suri hati. Allah sentiasa mendoakan kebahagiaan you dunia dan akhirat. Jangan lupa kita tau queen.
Nampaknya, kemungkinan besar saya tercalon untuk jadi ‘Presiden’ lepas ni mengetuai ahli-ahli lama dan ahli-ahli baru ni 🤣.”-Tulis Amelina di Instagram

Erra Beri Respon
Primadona terkenal dilihat memberikan respon di atas hantaran rakan-rakan selebritinya dengan menitipkan ucapan terima kasih selain memaklumkan bahawa dia bakal memberikan kad undangan perkahwinan dalam masa terdekat.
“Allahuakbar, thank you sahabat. Tak selalu jumpa tapi kita selalu mendoakan dan mengikuti perkembangan antara satu sama lain. Alhamdulillah itu sudah cukup baik. Nanti aku hantar undangan okay babe. Harap free dan datang ya babe. Miss youu ❤️❤️.
Terima kasih sayangku Alin 🥰. Maka dengan ini, ku serahkan kepadamu untuk menjaga ahli keluarga persatuan kita. Izinkan daku mengorak langkah setelah sekian lama menjadi presiden. Moga dikau menyusul kemudian.”-respon Erra Fazira
Perkahwinan Erra bersama ‘Mr E’ ini bakal menjadi perkahwinan ketiga buatnya selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan vokalis KRU, iaitu Yusry pada 15 Jun 2003 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 16 Jun 2006.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama ahli perniagaan, Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.
Didie Alias & Amelina Titip Ucapan Istimewa Buat Erra Fazira
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
You must be logged in to post a comment.