Bukit Aman ambil alih siasatan kes 3 suspek ditembak mati di Durian Tunggal
Bukit Aman ambil alih siasatan kes 3 suspek ditembak mati di Durian Tunggal

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengambil alih siasatan berhubung kejadian tiga suspek yang ditembak mati selepas mencederakan polis di Durian Tunggal, Melaka, pada 24 November lalu.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, berkata satu pasukan khas ditubuhkan di peringkat jabatannya bagi mengambil alih sepenuhnya siasatan berkait kes itu.
Katanya, tindakan itu diambil susulan laporan dibuat ahli keluarga suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa dalam kejadian itu, hari ini.
“JSJ Bukit Aman mengesahkan menerima laporan polis, hari ini dibuat oleh ahli keluarga kepada ketiga-tiga suspek kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan yang dilakukan oleh polis dalam kejadian itu.
“Siasatan sebelum ini dijalankan oleh JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan
- Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan
Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman
Menurutnya, polis memandang serius laporan dibuat ahli keluarga ketiga tiga suspek dan memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, adil dan profesional berdasarkan undang undang sedia ada bagi memastikan keadilan ditegakkan,
Katanya, selain mengambil alih penuh siasatan, pasukan khas yang ditubuhkan itu akan turut menyiasat laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga ketiga tiga suspek itu.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau memanipulasi fakta yang berpotensi mengganggu atau menjejaskan integriti siasatan yang sedang dijalankan.
“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya kepada JSJ Bukit Aman melalui talian hotline 019-3764763,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan tiga penjenayah kes samun paling dikehendaki ditembak mati selepas menyerang anggota polis ketika cuba ditahan dalam operasi di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal, awal pagi 24 November lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, dilaporkan berkata ketiga-tiga suspek ditembak mati selepas menetak seorang koperal yang cuba menahan mereka dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, sehingga anggota polis mengalami kecederaan serius pada tangan kiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Zambry Turun Padang Santuni Mangsa Banjir
- ‘Dalam Keadaan Begini… Keselamatan, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan’ – Ahmad Zahid
KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini
Beliau berkata, suspek bersenjatakan parang panjang terdiri dua lelaki berusia 24 tahun dan seorang berusia 29 tahun dikenali Geng DT.
Geng DT dipercayai terbabit dalam 20 kes pecah rumah, kilang dan kedai makan sejak 2024 dengan anggaran kerugian mencecah RM1.3 juta.
Suspek dipercayai menggunakan modus operandi bergerak secara berjalan kaki sambil membawa senjata untuk menyamun premis sasaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Terdahulu, dalam satu sidang media hari ini, pasukan peguam yang mewakili keluarga tiga lelaki yang ditembak mati menuntut Bukit Aman menyiasat kematian mereka dan mendakwa mangsa dibunuh secara ‘execution style’ berdasarkan bukti audio dan forensik.
Peguam turut mendedahkan rakaman audio berdurasi 13 minit yang didakwa dirakam semasa kejadian dan didakwa bercanggah dengan naratif polis berhubung kejadian itu.
Bukit Aman ambil alih siasatan kes 3 suspek ditembak mati di Durian Tunggal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
You must be logged in to post a comment.