Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan

Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan

Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berpandangan bahawa prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme kawalan dalaman perlu diperketatkan untuk mengelakkan kes penipuan tuntutan PERKESO.

Ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat sebentar tadi, beliau berpandangan bahawa risiko penyalahgunaan dan ketirisan dana boleh menjadi jauh lebih besar sekiranya perkara tersebut tidak diberikan tumpuan ketika Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).

“Sebelum ini, sudah banyak kes penipuan tuntutan melibatkan PERKESO dibongkar, sebagai contoh baru-baru ini, tiga doktor dan 30 individu disyaki terlibat sindiket tuntutan palsu sejak 2017, dengan nilai tuntutan palsu dianggarkan RM2.1 juta.

“Menurut statistik rasmi, sejak 2020 hingga April 2025, hampir 679 kes disyaki tuntutan palsu telah disiasat dengan jumlah keseluruhan dianggarkan mencecah RM61 juta.

“Ini menunjukkan bahawa, penipuan tuntutan PERKESO bukan masalah kecil. Jika SKBBK dilaksanakan dan jumlah tuntutan meningkat, risiko penyalahgunaan dan ketirisan dana boleh menjadi jauh lebih besar,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut mempersoalkan langkah konkrit kerajaan untuk mengekang sindiket penipuan tuntutan PERKESO lebih-lebih lagi apabila SKBBK mula berkuatkuasa.

“Oleh itu, Jempol berpandangan SOP dan mekanisme kawalan dalaman perlu diperketat, termasuk pengesahan identiti pemohon, semakan perubatan bebas, audit rawatan, sistem pelaporan ejen atau penasihat dan hukuman tegas terhadap pihak terbabit. Sistem audit dan jejak digital juga diperlukan untuk setiap tuntutan supaya penipuan sukar berlaku.

“Persoalan Jempol, apakah langkah konkrit termasuk pengukuhan SOP, audit berkala, penggunaan teknologi, penapisan doktor atau panel perubatan dan kerjasama dengan penguatkuasa untuk mengekang penipuan tuntutan, terutamanya apabila SKBBK mula berkuatkuasa serta ‘volume’ tuntutan meningkat?” katanya lagi. – UMNO Online

Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker