Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman

Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman

Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Untuk memastikan padanan pekerjaan inklusif, pendekatan berasaskan data dan libat urus industri terus diperkukuhkan termasuk pelaporan jawatan kosong secara berfasa, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengambil maklum mengenai sebahagian kekangan padanan pekerjaan adalah berpunca daripada keperluan industri yang semakin khusus.

“KESUMA mengambil maklum bahawa sebahagian kekangan padanan pekerjaan berpunca daripada keperluan industri yang semakin khusus termasuk aspek umur, kemahiran dan kesesuaian kerja.

“Untuk memastikan padanan lebih inklusif, pendekatan berasaskan data dan libat urus industri secara terus diperkukuhkan termasuk pelaporan kekosongan jawatan secara berfasa mengikut sektor di bawah kuasa menteri melalui MyFuture Jobs.

“Ia turut disokong oleh pegawai PERKESO di seluruh pelusuk negara. Ini adalah salah satu padanan supaya kos tambahan dan langkah ini dapat menyelaraskan dengan lebih sistematik serta menyeluruh. Lantaran itu PERKESO buat masa ini memberikan faedah elaun mencari pekerjaan (EMP) kepada orang berinsurans (OB) untuk kelayakan selama enam bulan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi


Jelasnya, OB layak menerima sejumlah elaun berdasarkan tempoh latihan yang dihadiri.

“Ada yang minta pengurangan tempoh supaya diturunkan kepada empat bulan, tetapi enam bulan ini adalah jangkaan kita. Sekiranya mereka telah mendapat kerja dalam tempoh yang tidak melebihi enam bulan, maka tempoh tersebut kita gunakan sebagai tempoh mereka yang telah mendapat pekerjaan.

“Sekiranya mereka masih belum mendapat pekerjaan, kita akan berusaha dan menyambung tempoh tersebut. Dari segi penambahbaikan, kajian penilaian aktuaris sudah berjalan dalam tempoh lima tahun untuk memastikan kemampanan kesannya.

“Berhubung elaun latihan ia akan dibayar secara bulanan berdasarkan selama 30 hari. OB yang menghadiri latihan melebihi 30 hari atau sebulan, mereka layak menerima elaun latihan berdasarkan tempoh latihan yang dihadiri,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker