Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan
Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memberikan tumpuan terhadap isu bekalan air demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pendekatan holistik dan kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting bagi memastikan pengurusan air dilaksanakan secara berkesan.
“Kerajaan Negeri Melaka sentiasa komited memastikan keperluan air rakyat terjamin, stabil dan mampan.
“Justeru, segala keputusan dan syor yang dibentangkan hari ini akan diterjemahkan kepada tindakan strategik demi memperkukuh sistem bekalan air negeri.
“Semoga kolaborasi erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri seluruh Malaysia ini terus memperkasa agenda air negara, dan seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat serta pembangunan masa hadapan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan
- PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
- Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi
Ab Rauf berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook berkongsi kehadirannya pada Mesyuarat Majlis Air Negara Ketujuh (MAN 7), yang diadakan di Parlimen petang ini.
Katanya, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini turut memberi ruang kepada semua ketua kerajaan negeri untuk berkongsi pandangan serta mendepani cabaran berkaitan sumber air dengan lebih tuntas dan berkesan.
Yang hadir sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Fadillah Yusof. – UMNO Online
Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Zambry Turun Padang Santuni Mangsa Banjir
- ‘Dalam Keadaan Begini… Keselamatan, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan’ – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini
You must be logged in to post a comment.