Suspek tikam isteri pernah jumpa bomoh, ’tilik’ mangsa ada hubungan dengan lelaki lain

Suspek tikam isteri pernah jumpa bomoh, ’tilik’ mangsa ada hubungan dengan lelaki lain

Suspek tikam isteri pernah jumpa bomoh, 'tilik' mangsa ada hubungan dengan lelaki lain
Laporan berita di BH Online.

TANAH MERAH: Kes wanita yang maut ditikam suami di Kampung Paku, Gual Ipoh, di sini, dipercayai bermotifkan cemburu, dengan suspek dikatakan mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Perkara itu dimaklumkan sepupu mangsa, Razwan Mat Yazid, berusia 30-an, yang turut mengakui suspek kerap menghubunginya kerana mengesyaki isterinya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Katanya, suspek, 63, juga dikatakan pernah berjumpa dengan bomoh untuk ‘menilik’ isterinya itu sama ada mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Saya ada beritahu dia (suspek) bahawa arwah tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki sepertimana tanggapannya kerana arwah di sana bekerja dan tidak sempat mengangkat telefon disebabkan sibuk bekerja.

“Arwah bekerja sebagai tukang masak di Selangor, kerap menumpang saya balik ke Kelantan memandangkan saya bekerja sebagai pemandu lori,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Tanah Merah, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah


Terdahulu media melaporkan, seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya di rumah mereka.

Mangsa berusia 40 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah disebabkan tikaman menggunakan senjata tajam.

Suspek tikam isteri pernah jumpa bomoh, ’tilik’ mangsa ada hubungan dengan lelaki lain


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker