Red Bull mohon maaf, Mercedes berang
Red Bull mohon maaf, Mercedes berang

Doha: Pasukan Red Bull mengeluarkan permohonan maaf selepas kenyataan yang menuduh Kimi Antonelli melepaskan laluan kepada Lando Norris di Grand Prix (GP) Qatar, yang membawa kepada ancaman bunuh terhadap pelumba muda itu.
Ketika Max Verstappen memimpin perlumbaan, Norris tersekat di belakang Antonelli dari pasukan Mercedes.
Pada pusingan kedua terakhir, remaja itu terbabas sedikit pada satu selekoh dan Norris memintas untuk merampas tempat keempat serta dua mata tambahan.
“Tak pasti apa berlaku pada Antonelli Max, nampak macam dia sengaja berhenti dan bagi laluan kepada Norris,” kata jurutera perlumbaan Verstappen, Gianpiero ‘GP’ Lambiase, kepada pemandu melalui radio, mesej yang juga kedengaran oleh penonton televisyen.
Penasihat Red Bull, Helmut Marko, kemudian mendakwa Antonelli, 19, ‘melambai’ bagi membenarkan Norris melepasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy
- BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah
Selepas insiden, profil Instagram Antonelli dinyahwarna hitam.
Mercedes melaporkan serangan maya terhadap Antonelli meningkat mendadak, kira-kira 1,100 peratus lebih banyak berbanding biasa pada hujung minggu perlumbaan, malah media Britain memetik laporan bahawa beberapa komen adalah ancaman bunuh.
Pasukan itu menandakan 330 lagi komen yang dianggap ‘teruk atau mencurigakan’ di platform media sosial mereka.
McLaren menggunakan enjin buatan Mercedes.
Semalam, Red Bull dalam kenyataan mengakui rakaman ulangan menunjukkan Antonelli seketika hilang kawalan, membolehkan Norris memintas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman
“Kami amat kesal tindakan ini membawa kepada penyalahgunaan dalam talian terhadap Antonelli,” kata Red Bull.
Mercedes pula berkata Lambiase sudah memohon maaf kepada ketua pasukan, Toto Wolff.
“Saya bercakap dengan GP,” kata Wolff.
“Saya lihat dia dan jelas dia emosi ketika itu. Dia kata dia tak nampak situasi sebenar.”
Norris kini melangkah ke perlumbaan penamat di Abu Dhabi dengan kelebihan 12 mata ke atas Verstappen.
Red Bull mohon maaf, Mercedes berang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan
- PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
- Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi
You must be logged in to post a comment.