PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berpandangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah umpama kertas ujian ‘litmus’ untuk menilai kedudukan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam halatuju politik.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya beliau menegaskan bahawa BN masih lagi parti yang terbaik di antara ketiga-tiga parti semenanjung yang bertanding pada PRN Sabah.
“Tutup tirai sudah PRN Sabah, BN hanya mendapat enam kerusi dari jumlah 45 yang bertanding. Angka yang jauh dari disasarkan iaitu sekurang-kurangnya 14 kerusi sebelum turun ke langkah kerusi disebabkan Langkah Kinabalu lepas.
“Banyak komentar, pandangan, ulasan dan tohmahan dilontarkan kepada pucuk pimpinan disebabkan mendapat enam kerusi sahaja. Jika diamati memang perit untuk kita telan. Tetapi, jika dianalisis antara BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai parti yang datang dari semenanjung, kita masih boleh dianggap terbaik antara ketiga-tiga parti.
“Strategi utama parti yang menurunkan 80 peratus wajah baharu seperti yang diminta mencerminkan kesegaran. Proses peremajaan yang dilakukan oleh UMNO Sabah dilihat diterima baik. Ketiadaan ‘poster boy’ juga strategi yang menunjukkan UMNO Sabah tidak terburu-buru dan fokus untuk menang dulu baru bincang siapa calon Ketua Menteri. Usaha ini juga ada pro dan kontranya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Cadang Perbanyakkan Klinik Bantuan Guaman, Padankan Sistem Digital – Azalina
- BN Dominasi Sokongan, Tumpu Dekati Pengundi Putih – Bung Moktar
- Kami Komited Cari Penyelesaian, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan
Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu berkata, UMNO sendiri sudah bertapak di Sabah selama 34 tahun dan naratif persekutuan lawan negeri yang dimainkan adalah tidak bertepatan dengan parti ini.
“Tagline ‘Bikin Balik Sabah’ tidak sehebat ‘Sabah for Sabahan’, ‘Selamatkan Sabah’ atau ‘Sabah Kita Jaga’ kerana berunsur menolak konsep federalisme dalam PRN Sabah kali ini.
“Naratif menolak BN, PH dan PN yang berpaksi pertembungan ‘federal’ vs ‘negeri’ menjadi realiti dan terjemahan dalam PRN Sabah kali ini walhal UMNO sendiri sudah bertapak di Sabah selama 34 tahun berbanding PH dan PN.
“Sepanjang saya berada di Sabah selama hampir dua minggu, apa yang saya lihat majoriti orang Sabah sendiri memilih calon yang telah ‘establish’ dalam konteks kepimpinan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), kerana itu ramai calon-calon GRS dan Warisan menang dikerusi-kerusi mereka termasuk lima orang calon Bebas.
“Legasi dan budi menjadi pilihan pengundi kecuali dikawasan DUN yang calon-calon DAP serta PKR bertanding, cuma menang satu sahaja menerusi calon ‘hybrid’ di DUN Melalap. Ini bermaksud isu skandal rasuah Albert Tei ‘tak lut’ bagi majoriti orang- orang Sabah,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman
- PRN Sabah: Gelombang Sokongan Kepada BN Memuncak – Jalaluddin
Mengulas lanjut beliau beranggapan bahawa keputusan yang diperolehi oleh BN pada PRN Sabah boleh dijadikan sebagai petunjuk tentang apa yang perlu dinilai untuk menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
“Akhir kata, dalam politik di Sabah ada ‘warna warninya’ dan ada juga ‘hitam putihnya’, seperti saya pernah kata sebelum ini, PRN Sabah adalah ‘kertas ujian litmus’ untuk menilai kedudukan kita dalam halatuju politik.
“Ramai anggap keputusan itu negatif tetapi saya berpendirian positif kerana Allah SWT berikan petunjuk kepada pemimpin-pemimpin utama kita tentang apa yang perlu dinilai dalam hala tuju seterusnya sebelum menempuh PRU ke-16 kelak.
“Ini bukan pengakhiran tetapi permulaan untuk menilai semula ‘storyboard’ politik kita dan tempoh berbaki dua tahun adalah proses pemulihan dengan perang kecil PRN Melaka dan Johor ditempuh sebelum perang besar PRU ke-16.
“Menuding jari bukan solusi, muhasabah adalah jalan terbaik.. Insya-Allah Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Januari depan adalah platform terbaik,” katanya lagi. – UMNO Online
PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah
You must be logged in to post a comment.