Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah menyifatkan peningkatan pelaburan sebanyak RM154.9 bilion bagi separuh pertama 2025 sebagai pencapaian positif, namun turut memberi peringatan agar pembangunan modal insan tempatan tidak terus dipinggirkan.
Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perpaduan berkata, meskipun nilai pelaburan meningkat 17 peratus berbanding tahun sebelumnya, namun penglibatan anak tempatan dalam sektor teknikal dan berkemahiran tinggi masih rendah.
“Di sebalik angka ini, wujud fenomena pelaburan meningkat tetapi pembangunan kapasiti teknikal anak tempatan masih jauh tertinggal.
“Kita melahirkan lebih 70,000 graduan kejuruteraan setahun, tetapi fasa pembinaan projek mega yang memerlukan 10,000 hingga 20,000 pekerja masih dikuasai tenaga asing.
“MEF menganggarkan 70 peratus sektor pembinaan dimonopoli pekerja luar, menyebabkan hanya 30 peratus peluang diberikan kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Mohd Shahar berkata demikian pada Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2026 Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, kata beliau, ketiadaan pendedahan langsung dalam fasa pembinaan yang berskala besar akan terus melemahkan keupayaan teknikal tenaga kerja tempatan.
“Sedangkan fasa ini adalah ruang pembelajaran paling kritikal. Apabila anak tempatan tidak terlibat di sini, fasa operasi yang jauh lebih kecil tidak mampu menggantikan pengalaman yang hilang.
“Kebergantungan kepada peralatan import bersama klausa certified service engineers only turut mengekang jurutera tempatan,” ujar beliau.
Tambah beliau, perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) negara yang hanya berjumlah 1.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga dilihat jauh ketinggalan berbanding negara seperti Korea Selatan, Jepun dan Singapura.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar MITI mempertimbangkan beberapa langkah strategik antaranya menyemak semula syarat local content, termasuk peratusan minimum tenaga mahir tempatan. – UMNO Online
Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah
You must be logged in to post a comment.