Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan

Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan

Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited untuk menyokong pembangunan pendidikan dan melahirkan bakat-bakat baharu yang mampu menyumbang kepada kemajuan negeri serta negara.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah hadir untuk meraikan 623 graduan dalam Majlis Konvokesyen 2025 Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) dan Kolej Yayasan Pahang (KYP) pada Isnin.

“Pagi ini saya meraikan 623 graduan dalam Majlis Konvokesyen 2025 UCYP dan KYP di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

“Majlis ini bukan sekadar tanda kejayaan para graduan menamatkan pengajian, tetapi juga simbol usaha gigih, pengorbanan ibu bapa dan komitmen warga pendidik dalam melahirkan generasi berilmu serta berdaya saing,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada graduan dan berharap agar mereka dapat terus melangkah ke hadapan dengan keyakinan serta integriti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin


“Teruslah melangkah ke hadapan dengan keyakinan dan integriti, membawa nama baik institusi serta negeri Pahang.

“Kerajaan negeri sentiasa komited menyokong pembangunan pendidikan dan melahirkan bakat-bakat baharu yang mampu menyumbang kepada kemajuan negeri serta negara.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan,” katanya lagi. – UMNO Online

Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker