Kegiatan songsang: Tiada penjawat awam, pegawai kerajaan negeri ditahan dalam serbuan di Perai

Kegiatan songsang: Tiada penjawat awam, pegawai kerajaan negeri ditahan dalam serbuan di Perai

Kegiatan songsang: Tiada penjawat awam, pegawai kerajaan negeri ditahan dalam serbuan di Perai

BUTTERWORTH: Tiada pegawai kerajaan negeri yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan songsang dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Perai Jaya di sini pada Sabtu lalu, seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tiada penjawat awam yang ditahan dalam serbuan itu kecuali seorang pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam.

“Saya sahkan tiada pegawai kerajaan negeri (Pulau Pinang) atau penjawat awam yang ditahan dalam serbuan itu dan ketika ini pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Pihak kami juga sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum ia dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya, semua mereka yang ditahan masih direman hingga 5 Disember ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan berhubung bahan lucah yang ditemukan dalam telefon bimbit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah


Azizee mengulas berhubung dakwaan di media sosial kononnya seorang daripada mereka ditahan dalam serbuan itu ialah pegawai khas kerajaan negeri.

Dalam serbuan itu, polis menahan 13 lelaki termasuk dua warga asing kerana disyaki terbabit dengan aktiviti persundalan luar tabii.

Daripada 13 yang ditahan itu, sebanyak 11 daripadanya pelanggan premis terdiri sembilan lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing berumur antara 19 hingga 66 tahun, manakala dua lagi tangkapan ialah pekerja dan pemilik premis berumur 57 dan 59 tahun.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Datuk Baderul Amin Abdul Hamid berkata Jabatan Jabatan Pelesenan MBSP yang turut menyertai serbuan itu telah mengeluarkan dua kompaun terhadap pemilik premis berkenaan.

Beliau memaklumkan dua kompaun itu dikeluarkan atas kesalahan Undang-undang Kecil, iaitu menjalankan perniagaan sauna dan kafe tanpa lesen MBSP.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman


“Pihaknya akan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berterusan bagi membanteras kegiatan itu dan penyalahgunaan lesen yang dikeluarkan,” katanya.

Kegiatan songsang: Tiada penjawat awam, pegawai kerajaan negeri ditahan dalam serbuan di Perai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker