Kami tiada apa-apa tanpa penyokong – Frank
Kami tiada apa-apa tanpa penyokong – Frank

London: Pengurus Tottenham Hotspur, Thomas Frank cuba meredakan tekanan dengan penyokong kelab itu apabila menegaskan Spurs ‘tidak bermakna apa-apa tanpa peminat’, menjelang kunjungan ke Newcastle awal pagi esok.
Frank berdepan tekanan selepas kekalahan 1-2 kepada Fulham di laman sendiri pada Sabtu, perlawanan yang menyaksikan penjaga gol Guglielmo Vicario diboo susulan kesilapan mudah yang membawa kepada gol kemenangan pelawat.
Sorakan sinis itu hadir sekali lagi dalam kekalahan terbaru yang menandakan kemenangan Liga Perdana Inggeris terakhir Spurs di Stadium Tottenham Hotspur berlaku pada hari pembukaan musim.
Sejak itu, mereka hanya menang tiga daripada 21 aksi liga di laman sendiri.
Selepas perlawanan berkenaan, Frank mengkritik segelintir penyokong yang dianggapnya ‘bukan penyokong sejati Tottenham’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy
- BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah
Namun ketika sidang media sebelum aksi di St James’ Park, Frank mengambil pendekatan lebih berhemah.
“Saya faham sepenuhnya rasa kekecewaa itu. Kalau kami tak menang, rasa marah memang normal,” katanya.
“Kami tiada apa-apa tanpa penyokong. Tiada kelab di dunia yang ada makna tanpa penyokong. Tottenham Hotspur… kami tidak bermakna apa-apa tanpa penyokong kami yang hebat. Kami saling memerlukan. Tak ada apa yang kami mahu lebih daripada membuat mereka gembira.”
Frank menegaskan mesej utamanya adalah supaya penyokong dan pasukan bersama ketika perlawanan.
“Maksud saya, ketika perlawanan berlangsung, itu masa kita saling perlukan. Lepas perlawanan, boo kalau mahu, itu hak mereka. Tapi ketika perlawanan, itulah saat kita mahu mencipta ‘kubu pertahanan’.”
“Kalau mana-mana kelab mahu berjaya, mereka perlu jadikan stadium sebagai kubu. Dan untuk jadikan kubu, hanya satu cara: penyokong dan pasukan perlu bersama.”
Kami tiada apa-apa tanpa penyokong – Frank
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan
- PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
- Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi
You must be logged in to post a comment.