Guardiola tidak pasti bila Rodri pulih sepenuhnya
Guardiola tidak pasti bila Rodri pulih sepenuhnya

London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui beliau masih tidak tahu bila pemain tengah Sepanyol, Rodri akan cergas semula untuk kembali beraksi.
Rodri terlepas sebahagian besar musim lalu akibat kecederaan lutut dan hanya tampil sekali, itu pun seminit, dalam 10 perlawanan terakhir City susulan masalah hamstring.
Pemain berusia 29 tahun itu disahkan tidak dapat beraksi pada pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Fulham awal pagi esok dan turut diragui bagi aksi di laman sendiri menentang Sunderland pada Sabtu.
“Belum, belum lagi,” kata Guardiola ketika ditanya sama ada Rodri sudah bersedia, dalam sidang media singkat.
Ditanya sama ada Rodri mungkin tampil hujung minggu ini, Guardiola ringkas berkata: “Saya tak tahu.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan
- PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
- Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi
Guardiola turut mengulas mengenai penjaga gol Gianluigi Donnarumma, yang menerima kad kuning keempat sejak menyertai City selepas kemenangan dramatik 3-2 ke atas Leeds.
Pengendali Leeds, Daniel Farke mendakwa Donnarumma berpura-pura cedera untuk memberi ruang kepada Guardiola memberikan arahan taktikal penting.
Penjaga gol Itali itu kini hanya satu kad lagi daripada digantung.
“Iya, dia memang banyak (kad kuning). Banyak betul,” kata Guardiola.
“Itu realitinya.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy
- BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah
Ditanya sama ada beliau berhajat menegur Donnarumma, Guardiola membalas: “Tidak.”
Sebaliknya, pengurus City itu lebih terbuka memuji kerja Marco Silva selepas kemenangan 2-1 Fulham ke atas Tottenham.
“Marco sudah bertahun-tahun di sana dan setiap kali kami bertemu, ia sentiasa perlawanan yang sangat sukar,” kata Guardiola.
“Organisasi mereka luar biasa dan setiap tahun saya rasa mereka semakin baik ketika menguasai bola. Mereka lawan yang sangat sukar.
“Saya tengok perlawanan mereka semalam dan hari ini, lawan Chelsea, Arsenal, Sunderland… sentiasa sukar untuk mana-mana pasukan memecahkan struktur mereka. Begitulah di Craven Cottage, stadium yang sangat cantik di London.”
Guardiola tidak pasti bila Rodri pulih sepenuhnya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Zambry Turun Padang Santuni Mangsa Banjir
- ‘Dalam Keadaan Begini… Keselamatan, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan’ – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini
You must be logged in to post a comment.