Dr Zambry Turun Padang Santuni Mangsa Banjir
Dr Zambry Turun Padang Santuni Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berbesar hati turun padang bagi melihat sendiri situasi terkini banjir di beberapa kawasan.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memanfaatkan peluang tersebut ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menemui mangsa yang terjejas akibat bencana berkenaan.
“Melawat kawasan banjir sekitar Pulau Pangkor dan Manjung tempoh hari.
“Saya turut meninjau beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Batu 10 Lekir, SK Sungai Tiram, SK Muhammad Saman serta Dewan Orang Ramai Batu 4 Segari,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa gerak kerja menyampaikan bantuan telah digerakkan dalam meringankan beban mangsa banjir.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman
Menurut beliau ini termasuk proses pemulihan bagi membersihkan kawasan yang terjejas termasuk rumah.
“Pelbagai bantuan telah digerakkan secara teratur hasil kerjasama UMNO Bahagian, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pasukan keselamatan dan para sukarelawan, termasuk sokongan emosi kepada mangsa.
“Proses pembaikan, pemulihan fasa pasca banjir seperti penilaian kerosakan, kebersihan rumah, keselamatan keluarga dan pemulihan emosi sedang dilakukan dengan bantuan beberapa sukarelawan universiti yang turut sama membantu,” ujar beliau.
Sehingga kini jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan kepada 3,462 orang daripada 1,005 keluarga pagi ini berbanding 3,684 orang malam tadi. Semuanya berlindung di 21 PPS di Hilir Perak (1,902), Perak Tengah (538), Bagan Datuk (491), Manjung (506) serta Larut, Matang dan Selama (25). – UMNO Online
Dr Zambry Turun Padang Santuni Mangsa Banjir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan
- PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
- Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi
You must be logged in to post a comment.