‘Dalam Keadaan Begini… Keselamatan, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan’ – Ahmad Zahid
‘Dalam Keadaan Begini… Keselamatan, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan tatkala bencana datang melanda.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO memaklumkan bahawa semua agensi kekal bersiap-siaga untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan datang.
“Saya pulang ke Bagan Datuk untuk melawat beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan melihat sendiri keadaan penduduk yang terkesan akibat banjir. Di PPS Dewan UMNO, PPS Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk dan PPS Dewan Datuk Lope Hashim, saya sempat bertemu dengan keluarga yang ditempatkan di sini.
“Melihat keadaan mereka benar-benar menyentuh hati saya, lebih-lebih lagi kerana ramai antara mereka saya kenali. Mereka inilah keluarga besar saya di Bagan Datuk. Saya hadir untuk mendengar sendiri keperluan mereka, memastikan bantuan disalur tanpa lengah dan menegaskan agar semua agensi kekal bersiaga rapi.
“Dalam keadaan begini, keselamatan serta kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan kita,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy
- BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah
Mengulas lanjut beliau memberi jaminan bahawa situasi bencana banjir tersebut akan dipantau dari semasa dan semasa di samping memenuhi setiap keperluan rakyat.

“Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua anggota keselamatan dan agensi yang bertungkus lumus membantu, termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak berkuasa tempatan, sukarelawan dan NGO, Pejabat Parlimen, UMNO Bahagian Bagan Datuk termasuk Wanita, Pemuda, Puteri serta semua yang telah mengurus pemindahan dan bantuan di lapangan.
“Terima kasih juga saya ucapkan kepada para petugas PPS yang memastikan kebajikan mangsa sentiasa terjaga.
“Insya-Allah, kita akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa dan memastikan setiap keperluan rakyat, khususnya di Bagan Datuk, diberi perhatian sewajarnya. Semoga keadaan segera pulih dan semua keluarga dapat kembali ke rumah masing-masing dengan selamat,” katanya lagi.
Pada Selasa media melaporkan jumlah mangsa banjir di tujuh negeri terus berkurangan kepada 8,353 orang di 132 PPS setakat 7.15 pagi ini.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan kepada 3,462 orang daripada 1,005 keluarga pagi ini berbanding 3,684 orang malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman
Semuanya berlindung di 21 PPS di Hilir Perak (1,902), Perak Tengah (538), Bagan Datuk (491), Manjung (506) serta Larut, Matang dan Selama (25). – UMNO Online
‘Dalam Keadaan Begini… Keselamatan, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan’ – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan
- PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
- Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi
You must be logged in to post a comment.