Bekas pesilat negara tolak potong kaki, kini kembali pulih perlahan-lahan

Bekas pesilat negara tolak potong kaki, kini kembali pulih perlahan-lahan

Bekas pesilat negara tolak potong kaki, kini kembali pulih perlahan-lahan
ZAINUDDIN (tengah) menerima lawatan Yakeb. FOTO SITI ROHANA IDRIS

Kota Bharu: Bekas atlet silat olahraga, Zainuddin Nawi, pernah disarankan agar menjalani rawatan pemotongan kaki kanan disebabkan keadaannya yang teruk selain bernanah akibat komplikasi kencing manis dua tahun lalu.

Bagaimanapun Zainuddin, 50, berkeras untuk tidak meneruskan rawatan itu sebaliknya berikhtiar dengan terus makan ubat yang dibekalkan malah luka di kaki kanannya kini semakin baik berbanding sebelum ini yang tidak mampu berjalan.

Bekas pemegang pingat gangsa di Sukan Sea pada 1997 itu berkata, dalam tempoh dua tahun kondisi kesihatan yang kritikal itu, beliau menghentikan latihan silat yang diajar kepada lebih 100 anak murid termasuk kerja hakikinya iaitu menghasilkan gula melaka.

“Sebenarnya saya menghidap kencing manis sudah lama tapi dua tahun lalu agak teruk yang bermula dengan luka kecil di ibu kaki seakan bisul dan semakin membengkak menyebabkan saya cuba memicitnya.

“Darah keluar membuak dan lama-kelamaan luka itu merebak sehingga ke betis dan apabila dirujuk ke hospital, doktor menyarankan agar dipotong namun saya menolak cadangan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi


“Sebaik pulang ke rumah, saya terus berpantang makan, membersihkan luka dengan baik selain bergantung kepada ubat yang dibekalkan hospital serta klinik dan ada juga cuba ubatan tradisional,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Sadang di sini.

Terdahulu beliau menerima lawatan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) diketuai Pengerusinya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan turut menyerahkan sumbangan RM300.

Zainuddin berkata, selepas bersara dari sukan silat lebih 20 tahun lalu, beliau menjadi jurulatih dan membuka kelas silat terlak serta tari selain mengajar alat muzik tradisional kepada golongan muda di sekitar kampungnya.

Jiwanya terhadap sukan itu masih ada namun terpaksa berhenti seketika latihan memandangkan keadaan kencing manis yang menghalang daripada terus beraksi melatih anak murid.

“Saya juga menjalankan kerja hakiki sebagai pembuat gula melaka dan dibantu isteri, Nor Azira Mohd Yusof, 50, malah apabila keadaan semakin pulih sekarang, saya sudah mampu memanjat tangga mengambil nira kelapa untuk dijadikan manisan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah


“Bagaimanapun tidaklah setiap hari sebaliknya selang empat hari baru proses itu dibuat dan sekali pemprosesannya, mampu menghasilkan sekitar 120 keping gula melaka.

“Saya banyak dibantu pihak Yakeb terutama untuk rawatan susulan yang membiayai kosnya dan selain itu saya juga menerima bantuan bulanan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berjumlah RM500,” katanya.

Bekas pesilat negara tolak potong kaki, kini kembali pulih perlahan-lahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

KKR Komited Pastikan Infrastruktur Jalan Raya Pada Tahap Optimum Guna Teknologi Terkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker