Banjir: Lelaki cedera parah dibaham buaya
Banjir: Lelaki cedera parah dibaham buaya

TELUK INTAN: Seorang lelaki cedera parah akibat dibaham buaya dalam kejadian di kawasan kebun di Kampung Sungai Buaya, di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan dalaman serius pada bahagian lutut kiri.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff, berkata laporan kejadian diterima pihaknya jam 6.30 petang Sabtu lalu dengan mangsa yang cedera kemudiannya dirawat di Hospital Teluk Intan.
Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemunculan buaya yang menyerang lelaki itu datang daripada limpahan dari tali air berdekatan susulan banjir yang melanda kawasan sekitar.
“Memang ada kes itu, kita terima laporan jam 6.30 petang Sabtu lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy
- BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah
“Kemungkinan buaya itu terlepas di kawasan itu disebabkan banjir. Ya ia kemunculan pertama buaya di kawasan berhampiran situ,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Katanya, setakat ini tindakan yang diambil pihak PERHILITAN dengan melakukan pemantauan, di samping memasang papan tanda amaran.
Sejak semalam, tular di aplikasi WhatsApp mengenai seorang lelaki mengalami kecederaan serius susulan diserang buaya sewaktu sedang menjaring ikan di kawasan kebunnya di Kampung Sungai Buaya.
Berdasarkan tular itu, buaya dikatakan masuk melalui kawasan pintu air yang terdapat sekitar kawasan kampung yang mana ia didapati bersambung dengan Sungai Perak.
Pada jam 8 malam Sabtu lalu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan terdapat 11 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan banjir yang melanda daerah Hilir Perak yang kawasan Teluk Intan berada di dalamnya, membabitkan 1,950 mangsa daripada 587 keluarga.
Banjir: Lelaki cedera parah dibaham buaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan
- PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
- Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi
You must be logged in to post a comment.