9 pekerja keracunan gas ketika selenggara tangki dikejarkan ke Hospital Dungun
9 pekerja keracunan gas ketika selenggara tangki dikejarkan ke Hospital Dungun
KEMAMAN: Sembilan pekerja kontrak dikejarkan ke hospital Dungun dipercayai akibat keracunan gas bertoksik ketika melakukan kerja penyelenggaraan tangki di sebuah kilang di Kerteh Biopolymer Park (KBP) dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, semua mangsa berusia 23 hingga 40 tahun terlebih dahulu dibawa ke Klinik Kesihatan Paka, sebelum dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Rohaya Jamil, berkata tujuh pegawai kanan dan 11 anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat Malaysia Kerteh serta Kemaman, selain pasukan Hazmat dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
Ketika kejadian, katanya enam pekerja sedang melakukan kerja pembersihan tangki ‘continuous reacter’ di kilang, sebelum mengalami keracunan gas dan gangguan pernafasan.
“Semua mangsa dikeluarkan pekerja lain sebelum mereka dihantar ke Klinik Kesihatan Paka oleh pihak pengurusan, manakala tiga lagi pergi sendiri ke klinik sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy
- BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah
“Pasukan bomba kemudiannya melakukan ‘water suppression’ dan memasang lapisan ‘water curtain’ di tempat kejadian,” katanya.
Operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 1.05 pagi selepas tiada lagi gas dikesan.
Sehingga kini enam mangsa di Hospital Dungun untuk rawatan lanjut, sementara tiga lagi dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
9 pekerja keracunan gas ketika selenggara tangki dikejarkan ke Hospital Dungun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan
- PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
- Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi