4 warga Colombia didakwa pecah rumah, rompak barang kemas dan wang tunai
4 warga Colombia didakwa pecah rumah, rompak barang kemas dan wang tunai

KUALA LUMPUR: Empat lelaki warga Colombia dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memecah masuk dua rumah dan mencuri barang kemas serta wang tunai mata wang asing, dua bulan lalu.
Jorge Ivan Cardona Sanchez, 35; Christian Camilo Cortes Sanchez, 32; Oscar Jesus Gonzales Nieto, 30; dan Jhon Pablo Espitia Riverros, 47; mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Sepanyol di hadapan Hakim Suhaila Haron dan Hakim Dr Azrol Abdullah.
Di hadapan Suhaila, mereka berdepan dua pertuduhan bersama-sama memecah masuk rumah dan mencuri barang kemas serta wang tunai pelbagai mata wang asing milik seorang lelaki warga Australia dan seorang wanita tempatan dengan kerugian berjumlah RM150,000 di sebuah rumah di Lorong Setia Bistari Bukit Damansara di sini pada jam 8.06 malam, 10 Oktober lalu.
Antara barang kemas yang dicuri ialah seutas gelang tangan, dua utas rantai leher dan sebentuk cincin serta wang tunai mata wang asing termasuk Vietnam, Thailand dan Australia
Di hadapan Azrol, keempat-empat tertuduh didakwa bersama-sama memecah masuk rumah dan mencuri barang milik seorang wanita tempatan berusia 38 tahun di kediaman mangsa di Desa Sri Hartamas di sini, pada 9 malam, 11 Oktober lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy
- BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sama.
Tiada ikat jamin diberikan mahkamah dan menetapkan 9 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin dan Mohamad Ikhwan Mohd Nasir manakala semua tertuduh diwakili peguam Nurshafiqa Balqish Jaffri. – BERNAMA
4 warga Colombia didakwa pecah rumah, rompak barang kemas dan wang tunai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan
- PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik
- Penglibatan Jurutera Tempatan Dalam Projek Mega Masih Rendah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pasca-PRN Sabah: BN Masih Utuh, PN Tak Boleh ‘Dabik Dada’ – Zawawi
You must be logged in to post a comment.