Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah

Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah

Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi Sabah yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan penuh kesedaran serta semangat demokrasi.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi yang memberikan kepercayaan dan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN), sambil menyifatkan keyakinan tersebut sebagai penyuntik semangat untuk parti terus bekerja demi rakyat.

Norliza juga menyanjung komitmen seluruh jentera BN dari Sabah dan seluruh negara yang berusaha tanpa mengenal penat lelah sepanjang tempoh kempen.

Menurutnya, meskipun keputusan PRN kali ini tidak memenuhi semua harapan BN, parti menerima keputusan rakyat dengan hati terbuka serta yakin bahawa setiap ketentuan mempunyai hikmah tersendiri.

Beliau turut menegaskan kepentingan menilai semula pendekatan, memahami suara rakyat dengan lebih dekat dan memperkukuh strategi bagi menghadapi masa depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin

Dalam pada itu, Norliza mengucapkan tahniah kepada calon BN yang menang dan berharap mereka menunaikan amanah sebagai wakil rakyat dengan penuh dedikasi.

Kepada calon yang tidak berjaya, beliau menegaskan bahawa perjuangan tidak berakhir dan pengalaman yang dilalui pasti membuka ruang untuk sumbangan lebih besar kepada rakyat pada masa akan datang. – UMNO Online

Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker