Polis tahan lelaki bawa 5 migran Myanmar tanpa dokumen di Jeli
Polis tahan lelaki bawa 5 migran Myanmar tanpa dokumen di Jeli

KOTA BHARU: Tindakan pantas pasukan peronda polis menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk membawa masuk lima migran Myanmar tanpa dokumen sah di kawasan Puspen Jeli semalam.
Insiden pada 1.30 tengah hari itu menyaksikan pemandu Perodua Bezza biru bernombor pendaftaran KEF2304 bertindak melarikan diri selepas diarahkan berhenti sebelum kenderaan tersebut terbabas di tepi jalan dan suspek berjaya diberkas.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata pemeriksaan mendapati kesemua lima penumpang iaitu lelaki warga Myanmar tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan dipercayai dibawa masuk untuk bekerja di kawasan Gerik dengan bayaran RM200 bagi setiap migran.
Beliau berkata semakan mendapati pemandu terbabit memiliki empat rekod kesalahan berkaitan dadah manakala ujian air kencing mendapati hanya lelaki tempatan itu positif metamfetamina.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman
- PRN Sabah: Gelombang Sokongan Kepada BN Memuncak – Jalaluddin
“Permohonan reman ke atas semua tangkapan dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA
Polis tahan lelaki bawa 5 migran Myanmar tanpa dokumen di Jeli
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah
You must be logged in to post a comment.