Wissa akhirnya turun padang
London: Newcastle United akhirnya menerima perkhabaran positif apabila penyerang baharu, Yoane Wissa, kembali menjalani latihan buat kali pertama sejak mengalami kecederaan lutut pada September lalu.
Wissa yang direkrut dengan harga £55 juta (RM300 juta) dari Brentford bagi menggantikan Alexander Isak, belum sempat membuat debut selepas kecederaan itu berlaku ketika tugasan antarabangsa bersama DR Congo.

Menurut pengendali Newcastle, Eddie Howe, perkembangan terbaru itu menghadirkan sedikit kelegaan buat The Magpies.
“Dia nampak bagus. Wissa berlatih kali pertama bersama pasukan pada Rabu dan saya gembira dengan apa yang saya lihat,” kata Howe.
Howe bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh sebenar Wissa bakal kembali beraksi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Cadang Perbanyakkan Klinik Bantuan Guaman, Padankan Sistem Digital – Azalina
- BN Dominasi Sokongan, Tumpu Dekati Pengundi Putih – Bung Moktar
- Kami Komited Cari Penyelesaian, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan
Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin
“Kami ada sasaran, tetapi biarlah saya simpan dulu. Kami tak mahu beri harapan palsu. Sudah tentu kami mahu gunakan dia secepat mungkin,” katanya.
Dalam masa sama, Newcastle menerima satu lagi tamparan selepas Kieran Trippier disahkan tersisih sebulan akibat kecederaan hamstring.
Newcastle kini di tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris, empat mata mengatasi zon penyingkiran ketika mereka berusaha bangkit selepas kekalahan di Marseille dan kemenangan ke atas Manchester City minggu lalu.
Wissa akhirnya turun padang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
- Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman
- PRN Sabah: Gelombang Sokongan Kepada BN Memuncak – Jalaluddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.