Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman

Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman

Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman

KUALA PENYU, 28 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyeru rakyat Sabah supaya memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali mentadbir negeri itu demi memulihkan pembangunan yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata sokongan terhadap BN semakin meningkat berdasarkan maklum balas pengundi sepanjang tempoh kempen.

“Saya mendapati ‘mood’ rakyat Sabah hari ini meningkat kepada sokongan kepada Barisan Nasional. Saya mendoakan supaya 45 calon kita memperoleh kemenangan dan dapat menubuhkan kerajaan,” katanya.

Abdul Rahman turut menyatakan keyakinan bahawa semangat jentera BN di semua kawasan berada pada tahap terbaik, sekali gus memberi petanda positif kepada keputusan pilihan raya kali ini.

Menurutnya, Sabah memerlukan kepimpinan berpengalaman seperti BN untuk mengembalikan semula pelaksanaan projek-projek penting yang sebelum ini terbukti berjalan lancar di bawah pentadbiran UMNO dan BN.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia


Beliau memberi contoh projek Pan Borneo yang katanya berjalan baik di bawah kepimpinan BN namun menjadi perlahan selepas perubahan kerajaan pada 2018.

“BN mempunyai rekod pentadbiran yang kukuh.
Sabah masih memerlukan BN kerana banyak kawasan luar bandar memerlukan jalan baharu, penyelesaian masalah air dan pembangunan yang lebih tersusun,” katanya.

Beliau turut mengulangi komitmen bakal Ketua Menteri Sabah daripada BN, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, yang meletakkan penyelesaian masalah air dan jalan raya sebagai agenda utama sekiranya BN diberi mandat mentadbir kembali.

Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman

Selain itu, masalah pengangguran yang tinggi di Sabah turut menjadi fokus BN, dengan Abdul Rahman menegaskan bahawa pembangunan ekonomi negeri perlu digerakkan secara lebih berkesan dan tidak hanya bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.

Abdul Rahman turut menggesa pengundi Kuala Penyu untuk memilih calon BN, Datuk Awang Asli, serta memastikan kesemua 45 calon BN mendapat mandat rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry


“Saya yakin rakyat Sabah akan memperkenankan Barisan Nasional. InSya-Allah, berilah undi kepada 45 calon BN yang bertanding. Berilah peluang kepada BN memerintah kembali negeri Sabah,” katanya. – UMNO Online

Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker