Tanah runtuh: Hampir 700 penduduk Apartmen Puncak Arabella di Cameron Highlands terputus hubungan

Tanah runtuh: Hampir 700 penduduk Apartmen Puncak Arabella di Cameron Highlands terputus hubungan

Tanah runtuh: Hampir 700 penduduk Apartmen Puncak Arabella di Cameron Highlands terputus hubungan
Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella di Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan susulan tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam ini. – Foto ihsan IPD Cameron Highlands

KUANTAN: Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella di Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan susulan tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berlaku di Jalan Puncak Arabella itu kira-kira jam 8.30 malam.

“Kejadian menyebabkan laluan ke kawasan apartmen terputus hubungan, sekali gus menjejaskan pergerakan keluar masuk hampir 700 penduduk yang menetap di situ,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tinjauan keselamatan dan tindakan awal.

Dalam kenyataan berasingan, Azri berkata setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin


Beliau berkata, Jabatan Meteorologi dan Geosains (JMG) telah dihubungi bagi bantuan penilaian segera berkenaan status tanah.

Tanah runtuh: Hampir 700 penduduk Apartmen Puncak Arabella di Cameron Highlands terputus hubungan
Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella di Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan susulan tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam ini. – Foto ihsan IPD Cameron Highlands
Tanah runtuh: Hampir 700 penduduk Apartmen Puncak Arabella di Cameron Highlands terputus hubungan
Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella di Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan susulan tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam ini. – Foto ihsan IPD Cameron Highlands

“Pasukan Jabatan Kerja Raya dan SMR Selenggar-Pahang Sdn Bhd turut telah bergerak ke lokasi untuk melaksanakan tindakan pembersihan jalan dan juga langkah berjaga-jaga sementara untuk perlindungan cerun (temporary precautions for slope protection) terlebih dahulu,” katanya.

Beliau turut menasihati masyarakat tidak sesekali menularkan maklumat tidak sahih.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Cameron Highlands di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran,” katanya.

Tanah runtuh: Hampir 700 penduduk Apartmen Puncak Arabella di Cameron Highlands terputus hubungan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker