Ribut Tropika Senyar melemah, turun taraf dan menuju ke timur

Ribut Tropika Senyar melemah, turun taraf dan menuju ke timur

Ribut Tropika Senyar melemah, turun taraf dan menuju ke timur
Corak cuaca ini dijangka berterusan sehingga 29 November ini menurut MET Malaysia. FOTO AZIAH AZMEE

Kuala Lumpur: Ribut Tropika Senyar dilaporkan melemah dan diturun taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, kini ia berada di tengah Semenanjung Malaysia dan diramal akan terus bergerak ke arah timur menuju ke perairan Laut China Selatan.

Menurutnya, berdasarkan pencerapan radar cuaca MetMalaysia, Senyar sudah mendarat sekitar tengah malam tadi di kawasan pantai antara sempadan Selangor dan Negeri Sembilan.

“Walaupun sistem cuaca tersebut semakin melemah, aktiviti pembentukan awan hujan masih kekal aktif.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora, di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia terutamanya di Pahang dan Terengganu.

“Corak cuaca ini dijangka berterusan sehingga 29 November ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MetMalaysia akan terus memantau keadaan semasa dan akan mengemaskini maklumat dan amaran cuaca sekiranya terdapat perubahan signifikan.

“Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638,” katanya.

Ribut Tropika Senyar melemah, turun taraf dan menuju ke timur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker