PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy

PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy

RN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy

KINABATANGAN, 28 Nov — Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini merupakan peluang penting bagi rakyat negeri itu mengembalikan kestabilan dan memastikan pembangunan yang lebih teratur untuk lima tahun mendatang.

Menurutnya, rakyat Sabah telah lama berdepan masalah asas yang tidak diselesaikan oleh kerajaan terdahulu.

Jalan rosak, elektrik tidak stabil, air tidak mencukupiSampai bila rakyat Sabah mahu terus berdepan masalah asas? Jika bukan BN memegang pentadbiran, lima tahun lagi masalah yang sama akan berulang malah mungkin sepuluh tahun.” katanya ketika berucap membantu kempen calon BN DUN Lamag, Datuk Bung Moktar Radin, di sini, petang tadi.

Wan Rosdy turut mengingatkan para pengundi, khususnya anak muda, agar tidak terpengaruh dengan dakyah serta janji kosong pihak lawan yang hanya muncul pada musim pilihan raya.

Beliau berkata, keberanian Bung membangkitkan isu hak Sabah, penyelewengan serta tuntutan negeri di Parlimen menjadikannya seorang pemimpin yang tegas dan tidak gentar memperjuangkan rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia


Beliau tetap bersama UMNO, tetap bersama rakyat Sabah walaupun ditinggalkan kawan-kawan. Ini sifat yang tidak ada pada orang lain…berani, ada wawasan dan setia,” tambahnya.

Wan Rosdy yakin dengan sokongan padu rakyat, Bung  yang juga Ketua UMNO Sabah bukan sahaja mampu mempertahankan DUN Lamag, malah berpotensi mengangkat Sabah ke arah pentadbiran yang lebih stabil dan teratur.

Mengulas sasaran BN dalam PRN Sabah, beliau berkata gabungan itu memerlukan sekurang-kurangnya 37 kerusi untuk membentuk kerajaan stabil, dengan harapan mencapai 45 kerusi bersama rakan-rakan sekutu.

Katanya, keutamaan kini ialah memastikan rakyat turun mengundi pada 29 November ini. – UMNO Online

RN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker