PRN Sabah: Gelombang Sokongan Kepada BN Memuncak – Jalaluddin
PRN Sabah: Gelombang Sokongan Kepada BN Memuncak – Jalaluddin

PUTATAN, 28 Nov – Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat semakin memuncak, ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Kata Jalaluddin yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan jentera parti turut menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang tempoh kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 ini.
“Semua usaha, gerakan telahpun kami lakukan dan pemerhatian saya dari hari pertama berada di kawasan Tanjung Keramat sehinggalah hari ini, saya dapati bahawa semangat jentera sangat luar biasa.
“Semangat masyarakat dan juga orang ramai sangat luar biasa penerimaan mereka kepada calon kita terutamanya juga UMNO/Barisan Nasional untuk kita memenangi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ini,” katanya yang mengetuai jentera angkat dari Negeri Sembilan.
Jalaluddin berkata demikian kepada UMNO Online, selepas program Fun Ride Gempur Pemuda di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pantai Lok Kawi, di sini petang tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
Justeru, beliau menyeru semua pengundi agar keluar awal menunaikan tanggungjawab esok demi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
“Jadi saya harapkan pada esok hari, semua pengundi kita keluar awal, mengundi dengan penuh ketenangan. Jangan lupa bawa kad pengenalan dan pastikan keputusan kita untuk melihat perubahan besar dan total di negeri Sabah ini mesti kita lakukan pada esok hari,” katanya.
Katanya lagi, hari pengundian esok adalah detik penentu arah baharu Sabah, dan rakyat harus memilih sebuah kerajaan yang mampu membawa kestabilan serta agenda pembangunan yang konsisten.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok, Sabtu sebagai hari pembuangan undi di mana tempoh berkempen yang bermula dari 15 Nov lepas akan berakhir pada 11.59 malam ini, manakala undi awal telah berlangsung pada Selasa lalu.
PRN Sabah diadakan bagi mengisi kekosongan sebanyak 73 kerusi DUN Sabah dan BN bertanding di 45 buah kerusi dengan menampilkan 80 peratus calon baharu. – UMNO ONLINE
PRN Sabah: Gelombang Sokongan Kepada BN Memuncak – Jalaluddin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Cadang Perbanyakkan Klinik Bantuan Guaman, Padankan Sistem Digital – Azalina
- BN Dominasi Sokongan, Tumpu Dekati Pengundi Putih – Bung Moktar
- Kami Komited Cari Penyelesaian, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin
You must be logged in to post a comment.