Mangsa banjir di Kelantan berkurangan

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan
Sebahagian mangsa banjir yang berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Keli. – Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA Bharu: Mangsa banjir di Kelantan berkurangan 3,344 orang sehingga jam 9 malam ini berbanding 3,852 orang petang tadi.

Kesemua mereka daripada 1,248 keluarga yang berlindung di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang dan Gua Musang.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Tumpat paling ramai iaitu 1,977 orang daripada 716 keluarga di tujuh PPS.

Pasir Mas mencatatkan mangsa seramai 1,033 orang daripada 424 keluarga di lima PPS dan Tanah Merah 124 mangsa membabitkan 36 keluarga di dua PPS.

Kuala Krai mencatatkan 117 mangsa daripada 36 keluarga di dua PPS, Machang (72 mangsa, 28 keluarga di dua PPS) dan Gua Musang (21 mangsa, lapan keluarga di satu PPS).

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker