MAHB sentiasa pantau keadaan cuaca semasa bagi kelancaran operasi penerbangan
MAHB sentiasa pantau keadaan cuaca semasa bagi kelancaran operasi penerbangan

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sentiasa memantau dan peka terhadap sebarang perkembangan cuaca tidak menentu pada masa ini, termasuk bekerjasama dengan pihak berkaitan dalam memastikan kelancaran operasi penerbangan.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd Izani Ghani, berkata operasi penerbangan di semua lapangan terbang kendaliannya juga hanya mengalami impak yang minimum manakala fasiliti MAHB juga tidak terjejas.
“Walaupun ada kelewatan (penerbangan) berikutan hujan berpanjangan, kami sentiasa memastikan kelancaran operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta lapangan terbang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menyambut ketibaan penerbangan sulung Spring Airlines (9C) dari Shanghai ke Kuala Lumpur di KLIA Terminal 2 (T2) di sini, hari ini.
Penerbangan 9C6524 China Spring itu membawa kira-kira 180 penumpang yang kemudiannya berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong, sekali gus memulakan perkhidmatan penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan bandar raya China itu.
Menurut kenyataan MAHB dan syarikat penerbangan itu, laluan yang beroperasi setiap hari dengan tempoh penerbangan kira-kira lima jam 20 minit, juga menjadi penghubung pesona tropika Malaysia yang pelbagai dengan metropolis antarabangsa di Shanghai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Cadang Perbanyakkan Klinik Bantuan Guaman, Padankan Sistem Digital – Azalina
- BN Dominasi Sokongan, Tumpu Dekati Pengundi Putih – Bung Moktar
- Kami Komited Cari Penyelesaian, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan
Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin
Mohd Izani mengulas kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) semalam yang mengeluarkan nasihat keselamatan kepada semua pihak berkaitan penerbangan susulan ribut tropika Senyar di Selat Melaka serta peningkatan risiko keselamatan penerbangan di wilayah barat dan tengah Semenanjung Malaysia dari 27 hingga hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata MAHB juga sedang mempergiat usaha dalam persiapan menyambut kehadiran pelancong bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).
“Pada Isnin depan, saya akan bermesyuarat dengan semua industri berkaitan pelan perancangan dan persediaan TMM 2026. Kami (melaksanakan) banyak usaha dan insya-Allah dapat mencapai sasaran kerajaan sebanyak 47 juta pelancong ke Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, KLIA dijangka menerima peningkatan penumpang sebanyak 64 juta orang menjelang akhir 2025 yang mengatasi sasaran awal sebanyak 62 juta penumpang.
MAHB sentiasa pantau keadaan cuaca semasa bagi kelancaran operasi penerbangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
- Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman
- PRN Sabah: Gelombang Sokongan Kepada BN Memuncak – Jalaluddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.