Lelaki mengintai wanita di tandas pusat beli-belah berjaya ditahan
Lelaki mengintai wanita di tandas pusat beli-belah berjaya ditahan

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang lelaki yang terbabit dalam kejadian mengintai wanita di tandas sebuah pusat membeli-belah, di sini, dalam kejadian minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, bertindak atas maklumat kira-kira jam 11 pagi tadi polis
membuat serbuan di atas sebuah kedai gunting rambut di Jalan Merbau Kampung Bukit Kecil, Setiu.
Katanya, hasil serbuan seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai suspek dalam kejadian itu ditahan dan turut dirampas sebuah telefon bimbit untuk siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 dan 509 Kanun Keseksaan manakala siasatan awal mendapati suspek mengaku memasuki tandas wanita di pusat beli-belah berkenaan untuk merakam video dan gambar wanita dalam tandas itu.
“Namun, hajat suspek tidak kesampaian apabila perbuatan itu disedari mangsa sebelum mangsa menyimbah air ke arah telefon suspek.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Cadang Perbanyakkan Klinik Bantuan Guaman, Padankan Sistem Digital – Azalina
- BN Dominasi Sokongan, Tumpu Dekati Pengundi Putih – Bung Moktar
- Kami Komited Cari Penyelesaian, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan
Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin
“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan pihak kami akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek bagi membantu siasatan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan polis daerah Kuala Terengganu giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai menceroboh tandas wanita dengan tujuan mendatangkan aib terhadap seorang wanita di tandas awam wanita di Tingkat 1, sebuah pusat membeli-belah di daerah ini.
Kejadian berlaku pada 20 November lalu kira-kira jam 6.12 petang, ketika mangsa seorang wanita berusia 29 tahun yang bekerja sebagai jurujual, menyedari kewujudan sebuah telefon bimbit yang sedang merakam di ruang celahan pintu tandas tempat mangsa berada.
Dilaporkan mangsa kemudiannya bertindak keluar dari tandas dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali memegang telefon berkenaan sebelum suspek melarikan diri.
Ketika kejadian suspek memakai t-shirt putih tertera gambar Ultraman dengan tulisan ‘Aku Kuat Aku Ultraman’, berseluar jeans gelap serta membawa beg silang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
Mangsa sempat merakam visual suspek dari arah belakang ketika suspek melarikan diri dari tempat kejadian.
Pemeriksaan Kamera Litar Tertutup (CCTV) pasaraya itu turut mengesahkan pergerakan suspek yang berlari keluar melalui pintu utama pusat beli-belah.
Lelaki mengintai wanita di tandas pusat beli-belah berjaya ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
- Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman
- PRN Sabah: Gelombang Sokongan Kepada BN Memuncak – Jalaluddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.