Kes ugutan bunuh Caprice diklasifikasi NFA
Kes ugutan bunuh Caprice diklasifikasi NFA

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa mengklasifikasikan kes ugutan bunuh dilaporkan individu aktif di media sosial Caprice oleh dua individu termasuk seorang ahli perniagaan, Julai lalu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)
Individu terbabit adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd R Jeyenderan, dan jurulatih gimnasium, Syed Mohammad Murad Syed Naseem yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Peguam Aizzat Mustafa yang mewakili kedua-dua individu berkenaan berkata, mereka dimakluman keputusan itu menerusi surat oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Superintendan Mohd Faizal Mohd Salleh yang bertarikh 26 November lalu (Rabu).
Surat itu disampaikan kepada firma guaman Tetuan Solehuddin & Ozier.
Beliau berkata, surat itu menyatakan kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Selangor yang membuat keputusan NFA.
“Semua barang kes akan dipulangkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.
Pada 10 Julai lalu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, membuat laporan polis selepas mendakwa menerima mesej berunsur ugutan melalui Instagram.
Kes ugutan bunuh Caprice diklasifikasi NFA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan
- Undilah BN, Beri Peluang Kembali Bangunkan Sabah – Abdul Rahman
- PRN Sabah: Gelombang Sokongan Kepada BN Memuncak – Jalaluddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.