Kedai emas didakwa kebas duit pelanggan

Kedai emas didakwa kebas duit pelanggan

Kedai emas didakwa kebas duit pelanggan
SEBUAH kedai emas ditutup di Bandar Raya Ho Chi Minh. – Foto VnExpress

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Sebuah kedai emas di Bandar Raya Ho Chi Minh menutup operasi secara mengejut selepas menerima deposit daripada ramai pelanggan yang membeli emas melalui aplikasi mudah alihnya, lapor portal berita VnExpress semalam.

Tindakan pengurusan kedai itu mencetuskan siasatan polis berhubung jenayah penipuan.

Beberapa pelanggan berkata, kedai emas itu mempromosikan jualan emas secara online melalui iklan di Facebook, siaran langsung dan mesej yang dihantar melalui aplikasi pesanan segera Zalo serta Messenger.

Ramai pelanggan ditawarkan baucar diskaun dan mereka percaya kedai itu sahih memandangkan ia mempunyai alamat perniagaan yang berdaftar secara sah.

Namun, apabila pembeli hadir untuk mengambil emas pada pertengahan bulan ini, kedai itu ditutup.

Kotak pameran barang kemas dikosongkan dan semua kakitangan tidak kelihatan, manakala papan tanda ‘untuk disewa’ tergantung di luar kedai.

Aplikasi itu turut berhenti berfungsi, nombor telefon tidak dijawab dan wakil hal ehwal undang-undang kedai itu dilaporkan memberitahu pelanggan bahawa dia berada di Malaysia kerana bekerja dengan syarikat induk. – AGENSI

Kedai emas didakwa kebas duit pelanggan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker