Fakrul Afizul lulus ke Sukan Sea Thailand

Fakrul Afizul lulus ke Sukan Sea Thailand

Fakrul Afizul lulus ke Sukan Sea Thailand
FAKRUL memenuhi sepenuhnya keperluan kecergasan dan kesediaan yang ditetapkan oleh ISN. FOTO Ihsan Muhammad Fakrul Afizul Nasir

Kuala Lumpur: Olahraga Malaysia (MA) mengesahkan bahawa atlet 400 meter (m) lari berpagar negara, Muhammad Fakrul Afizul Nasir berjaya melepasi penilaian prestasi dan kecergasan menyeluruh yang dijalankan hari ini oleh Institut Sukan Negara (ISN).

Keputusan itu menyaksikan Fakrul kini disahkan sebagai atlet skuad olahraga Malaysia ke Sukan Sea 2025 di Thailand.

Setiausaha Agung MA, Nurhayati Karim berkata, bahawa penilaian ISN adalah komponen penting dalam komitmen MA terhadap kebajikan atlet, kesediaan prestasi serta pembangunan jangka panjang.

“Kami berbesar hati bahawa Fakrul memenuhi sepenuhnya keperluan kecergasan dan kesediaan yang ditetapkan oleh ISN.

“Penyertaannya mencerminkan keutamaan kami dalam memastikan atlet berada dalam keadaan sihat, kompetitif dan bersedia menghadapi tuntutan berprestasi tinggi. Kami menantikan dia mengharumkan nama Malaysia,” kata Nurhayati.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin


Nurhayati turut menambah bahawa penilaian ISN memastikan atlet tidak terdedah kepada risiko yang tidak perlu, terutamanya apabila kembali selepas kecederaan besar.

“Kelulusan ISN mengesahkan bahawa dia kini berada dalam keadaan fizikal yang sesuai untuk bertanding di tahap tertinggi. Kami mengalu-alukan kehadiran dia kembali ke dalam skuad Sukan Sea dan akan terus menyokong persiapannya dalam minggu mendatang,” katanya.

MA turut menegaskan usaha berterusan pihaknya dalam memperkukuh ketelusan pemilihan dan laluan pembangunan atlet, memastikan setiap keputusan selaras dengan indikator prestası, penilaian perubatan dan kelestarıan kerjaya jangka panjang.

“MA akan terus bekerjasama rapat dengan ISN, MSN dan MOM bagi mengekalkan satu sistem pemilihan yang adil, terstruktur dan berfokuskan atlet, berpandukan amalan terbaik antarabangsa,” katanya.

MA mengucapkan selamat maju jaya kepada Fakrul dan seluruh skuad Sukan Sea ketika mereka memulakan persiapan akhir menuju Thailand 2025.

Fakrul Afizul lulus ke Sukan Sea Thailand


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker