Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan

Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan

Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan

KOTA KINABALU, 28 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menyeru rakyat Sabah agar memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) menjelang hari pengundian.

Beliau menegaskan bahawa BN tampil dengan tawaran jelas untuk rakyat, bukan janji kosong.

“Kami mengakui bahawa kami bukan sempurna, tetapi sejarah membuktikan bahawa BN pernah membawa pembangunan, kestabilan dan kemajuan nyata kepada negeri ini,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Mohd Razlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputih menekankan bahawa BN hadir dengan rekod pencapaian, pengalaman, dan komitmen untuk mengembalikan kegemilangan Sabah.

Menurutnya, negeri Sabah ini kaya, indah, dan mempunyai potensi yang lebih besar daripada apa yang dinikmati hari ini.

Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan

“BN berjanji untuk membina semula halatuju Sabah melalui pembangunan tersusun, peluang ekonomi yang lebih adil, dan kepimpinan yang bertanggungjawab.

“Rayuan kami kepada rakyat Sabah: berilah peluang kepada mereka yang pernah membangunkan negeri ini. Berilah peluang kepada mereka yang mahu bekerja, bukan sekadar berkata. Berilah peluang untuk membina semula masa depan kita semua di bumi Sabah ini. Demi Rakyat. Demi Sabah. Kita Bikin Balik Sabah,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan, sokongan rakyat melalui undi kepada BN adalah kunci untuk masa depan negeri ini. – UMNO Online

Demi Sabah, Undilah Barisan Nasional – Mohd Razlan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker