4 balai bomba dikerah padam kebakaran 2 kilang di Telipok

4 balai bomba dikerah padam kebakaran 2 kilang di Telipok

4 balai bomba dikerah padam kebakaran 2 kilang di Telipok
Kebakaran kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Telipok hari ini. – NSTP/ Juwan Riduan

KOTA KINABALU: Sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Timur, Telipok terbakar petang tadi dengan api menjulang tinggi serta asap tebal memenuhi udara hingga dapat dilihat dari jarak beberapa kilometer.

Kebakaran bermula sekitar jam 6.20 petang sebelum Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah yang menerima panggilan kecemasan, menggerakkan anggota ke lokasi.

Setibanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, api sudah marak, memaksa anggota melakukan pemadaman awal secara agresif bagi mengawal punca api daripada merebak ke struktur lain.

Operasi pemadaman turut disertai BBP Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang.

Situasi bertambah cemas selepas letusan kecil berlaku dari bahagian dalam kilang menyebabkan api kembali menjulang, memaksa anggota meningkatkan jarak keselamatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Amit, berkata setakat ini tiada mangsa dilaporkan, namun kawasan sekitar dikosongkan bagi tujuan keselamatan dan memberi ruang kepada anggota menjalankan operasi tanpa gangguan.

Pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut berada di lokasi bagi membantu kawalan trafik, memastikan keselamatan orang awam serta kesiapsiagaan sekiranya pemindahan perlu dilakukan.

Operasi pemadaman masih berjalan, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

4 balai bomba dikerah padam kebakaran 2 kilang di Telipok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Sabah Peluang Emas Kembalikan Kestabilan – Wan Rosdy

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker