Ribut Senyar: Tanah runtuh, pokok tumbang berlaku di Negeri Sembilan
Ribut Senyar: Tanah runtuh, pokok tumbang berlaku di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Beberapa insiden tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan berlaku di negeri ini khususnya di daerah Port Dickson dan Seremban susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi berikutan Ribut Tropika Senyar.
Di Seremban, kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Bukit Berlian di sini menjejaskan dua rumah.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampangan, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Norazrul Fazri Ahmad, berkata pasukannya tiba di lokasi jam 4.07 pagi dan mendapati tanah runtuh berlaku di bahagian belakang dua rumah.
“Setibanya di lokasi, pasukan kami telah mengarahkan semua penghuni untuk mengosongkan rumah sebagai langkah keselamatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
Sementara itu, satu kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku berhampiran sebuah pusat beli-belah di Seremban jam 3 pagi tadi yang menyebabkan seorang lelaki penunggang motosikal cedera.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sharizal Boahari berkata mangsa berusia 61 tahun cedera selepas motosikal yang ditungganginya melanggar pokok tumbang.
“Ketika kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak sebelum melanggar pokok tersebut. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan lanjut.” katanya.
Dalam kejadian berasingan di Port Dickson, sebuah kereta dilaporkan dihempap pokok tumbang berhampiran sebuah hotel di sini sekitar jam 3.15 pagi.
Ribut Senyar: Tanah runtuh, pokok tumbang berlaku di Negeri Sembilan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Cadang Perbanyakkan Klinik Bantuan Guaman, Padankan Sistem Digital – Azalina
- BN Dominasi Sokongan, Tumpu Dekati Pengundi Putih – Bung Moktar
- Kami Komited Cari Penyelesaian, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin
You must be logged in to post a comment.