Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin
Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin

KIMANIS, 28 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN N.30 Bongawan, Datuk Mohamad Alamin menegaskan bahawa rakyat perlu memilih wakil rakyat daripada kerajaan bagi memastikan pembangunan dapat diteruskan dan dinikmati oleh masyarakat setempat.
Katanya, isu-isu yang dimainkan pihak lawan setiap kali pilihan raya hanyalah cubaan untuk mengalih perhatian rakyat daripada rekod sebenar BN dalam membangunkan Sabah.
“Isu-isu ini bukan sahaja dimainkan di Sabah, tetapi di seluruh negara. Itu hanya naratif pihak lawan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa ramai individu yang kini menyerang BN sebenarnya berasal dari UMNO dan pernah menikmati kepercayaan ahli parti tersebut.
“Mereka yang ada di sana adalah orang yang bermula dari UMNO. Semuanya dari kilang UMNO. Mereka menyerang calon-calon BN termasuk saya, tapi mereka lupa bahawa mereka hebat dan popular adalah hasil daripada UMNO dan BN,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry
Menurutnya, rakyat akan menilai sendiri perjuangan mana yang benar-benar kekal teguh untuk rakyat.
“Dalam perjuangan politik, apabila seseorang itu terpesong dan lari dari landasan perjuangan, rakyat akan nilai. Mandat yang rakyat berikan, khususnya ahli-ahli UMNO yang memenangkan mereka, akan dinilai,” tambahnya.
Mohamad berkata beliau kekal fokus terhadap kerja buat meskipun berdepan serangan politik kerana banyak perkara kritikal berjaya diselesaikannya dalam tempoh singkat.
“Banyak isu-isu kritikal yang saya selesaikan, iaitu isu yang tidak mampu mereka selesaikan selama lebih 25 tahun,” tegasnya.
Antara pencapaian itu termasuk usaha memperjuangkan pembinaan jalan raya bernilai RM126 juta yang kini sedang giat dilaksanakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
“RM126 juta nilai jalan yang begitu daif saya usaha, dan kini sedang rancak dalam pembinaan. Inilah antara kesungguhan BN dalam mentadbir demi rakyat,” katanya.
Beliau berkata pembinaan tersebut memberi manfaat kepada penduduk Ulu Kimanis, Ulu Bongawan hingga ke Membakut, yang bergantung kepada sektor pertanian.
Dalam aspek pendidikan pula, Mohamad menegaskan bahawa beliau telah menunjukkan komitmen jelas sejak diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen.
“Tak sampai lima tahun saya berjaya mengubah wajah lapan buah sekolah di sini. Daripada berlantaikan papan, dinding papan, kini berubah konkrit. Ini adalah antara usaha yang dilakukan oleh BN,” katanya.
Beliau berkata usaha itu penting memandangkan ramai rakyat Sabah masih dalam kelompok B40 dan pendidikan mampu mengubah masa depan keluarga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Gunakan Peluang Undi Awal Tentu Hala Tuju Sabah – Bung Moktar
- Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja
- Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah
PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi
“Insya-Allah jika BN diberi mandat, kita akan laksanakan manifesto kita iaitu pendidikan percuma,” katanya.
Mohamad menegaskan bahawa pembangunan sebenar yang dapat dilihat rakyat hari ini—sekolah, masjid, jalan raya dan dewan masyarakat—adalah hasil kerja BN.
“Siapa bangunkan Sabah, sekolah, masjid, jalan raya… jawabnya BN. Ini barang nyata dan nampak,” katanya.
Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus memperkasakan sektor pelancongan dan kebudayaan di Bongawan yang disifatkannya sebagai kawasan berpotensi tinggi.
“Bongawan ini adalah produk yang begitu berharga, iaitu hub pelancongan, dan kita mahu perkasakan sektor pelancongan,” katanya.
Akhirnya, beliau menyeru pengundi untuk bersama-sama memilih BN demi masa depan Bongawan.
“Kepada pengundi, ayuh bersama-sama dengan saya majukan Bongawan. Ini adalah peluang terbaik dan sempurnakanlah yang terbaik untuk rakyat. Bersama BN, kita majukan Bongawan,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Kimanis merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. – UMNO Online
Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
You must be logged in to post a comment.