Kerajaan Cadang Perbanyakkan Klinik Bantuan Guaman, Padankan Sistem Digital – Azalina
Kerajaan Cadang Perbanyakkan Klinik Bantuan Guaman, Padankan Sistem Digital – Azalina

TUARAN, 27 Nov – Kerajaan bercadang memperbanyakkan klinik bantuan guaman Justice on Wheels di kawasan luar bandar dan menyepadukan dengan sistem digital bagi memudahkan proses pendaftaran, komunikasi dan akses nasihat undang-undang kepada rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata usaha itu penting bagi memastikan perkhidmatan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) lebih inklusif khusus bagi komuniti di pedalaman Sabah dan Sarawak yang berdepan kekangan jarak serta akses fizikal yang terhad.
“Saya dah minta supaya (JBG) memperbanyakkan klinik bantuan guaman dan pada masa sama dipadankan dengan sistem digital sebab walaupun mereka (orang ramai) daftar guna telefon, hampir semua orang ada e-mel.
“Jadi kita nak satu sistem yang boleh diikat (disepadukan) bersama untuk memudahkan komunikasi dan pendaftaran awal,” katanya kepada pemberita selepas meninjau program klinik bantuan guaman itu di pekarangan Pasar Awam Tuaran hari ini.
Azalina berkata pendigitalan perkhidmatan itu amat diperlukan selaras dengan pindaan undang-undang terkini yang telah mengaplikasikan sistem perbicaraan elektronik dan pemberian nasihat guaman serta penerimaan dokumen melalui platform digital termasuk Chatbox.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry
Selain itu, beliau berkata kerjasama antara JBG dengan pejabat Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kewujudan perkhidmatan guaman percuma disediakan kerajaan.
“Paling penting masyarakat tahu ada agensi kerajaan yang memberi khidmat guaman percuma sebab kalau nak pelanggan datang secara fizikal, sekarang ini agak susah dan mencabar,” katanya. – BERNAMA
Kerajaan Cadang Perbanyakkan Klinik Bantuan Guaman, Padankan Sistem Digital – Azalina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
You must be logged in to post a comment.