Kami Komited Cari Penyelesaian, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan
Kami Komited Cari Penyelesaian, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan

KUDAT, 27 Nov – Barisan Nasional (BN) komited mencari jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan rakyat yang timbul dan dalam masa sama memastikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan, ujar calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Bengkoka Datuk Harun Durabi.
Ujarnya, dalam setiap siri kempen dan aktiviti ziarah sepertimana pada Rabu di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Senaja, setiap suara yang didengar tidak akan dibiarkan begitu sahaja.
“Setiap maklum balas yang diterima menjadi rujukan penting dalam usaha merangka tindakan yang lebih terarah dan memberi manfaat jangka panjang kepada seluruh komuniti,” katanya.
Seterusnya ujarnya, BN percaya bahawa perubahan hanya dapat dicapai melalui kerjasama dan sokongan rakyat.
“Dengan mandat yang jelas, lebih banyak usaha pembangunan dapat dilaksanakan secara teratur dan telus. Kami ingin merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir dan meluangkan masa,” katanya.
Begitu juga dalam siri kempennya di Kg Bawang, di sini yang mendapat sambutan positif daripada masyarakat setempat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry

“Setiap pertemuan bukan sekadar kunjungan, tetapi sebuah amanah. Di setiap perbualan, terselit harapan, kegusaran, dan aspirasi masyarakat yang perlu diberi perhatian.
“Ini menjadi tanggungjawab kami untuk mendengar, memahami, dan memastikan setiap suara tidak hanya didengari, tetapi turut diterjemahkan kepada tindakan,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari pembuangan undi di mana tempoh berkempen yang bermula dari 15 Nov lepas akan berakhir pada 11.59 malam, 28 Nov.
Kelmarin, berlangsung hari undi awal kepada 24,426 pengundi awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan bagi mengisi kekosongan sebanyak 73 kerusi DUN Sabah dan BN bertanding di 45 buah kerusi dengan menampilkan 80 peratus calon baharu. – UMNO ONLINE
Kami Komited Cari Penyelesaian, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
You must be logged in to post a comment.