BN Dominasi Sokongan, Tumpu Dekati Pengundi Putih – Bung Moktar

BN Dominasi Sokongan, Tumpu Dekati Pengundi Putih – Bung Moktar

BN Dominasi Sokongan, Tumpu Dekati Pengundi Putih – Bung Moktar

KINABATANGAN, 27 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin momentum sokongan terhadap BN dan UMNO semakin meningkat, sekali gus memberi peluang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berkata berdasarkan rekod diterima, UMNO mula mendominasi arus sokongan berikutan persiapan menyeluruh yang dilakukan parti sejak awal berbanding pada 2020.

“Bantuan jentera daripada keluarga besar UMNO dari Semenanjung, khususnya UMNO Pahang dan Kedah turut memperkukuh kekuatan jentera kita dalam menghadapi PRN kali ini,” katanya ditemui pada program Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata menjelang hari-hari terakhir tempoh berkempen UMNO menumpukan kepada usaha mendekati pengundi putih yang secara tradisinya memberi sokongan kepada parti itu.

“Saya telah minta jentera dam pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh Sabah supaya mengerakkan jentera bagi memastikan pengundi-pengundi putih ini keluar mengundi, sekali gus menentukan kemenangan kita,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry


Mengenai isu jalan raya, Bung Moktar berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah perlu berbincang dengan JKR Persekutuan bagi menyegerakan pembinaan laluan di kawasan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata jika BN diberi mandat untuk membentuk kerajaan, isu jalan raya akan menjadi perkara pertama diberi perhatian untuk disiapkan.

Mengulas berkaitan masalah kesihatannya, Bung Moktar berkata pada peringkat awal berkempen, beliau sememangnya berdepan dengan masalah kesihatan, namun atas nasihat doktor, beliau dibenarkan untuk berkempen.

“Esok, saya akan mengadakan program santal bersama anak muda di Lamag yang dijangka dihadiri kira-kira 1,200 orang,” katanya.

Hari pengundian PRN Sabah Ke-17 yang mempertandingkan 73 kerusi DUN berlangsung Sabtu ini. – BERNAMA

BN Dominasi Sokongan, Tumpu Dekati Pengundi Putih – Bung Moktar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker