Amaran hujan lebat kategori bahaya di lima negeri hingga esok
Amaran hujan lebat kategori bahaya di lima negeri hingga esok

KUALA LUMPUR: Hujan sangat lebat yang berterusan pada kategori bahaya dijangka berlaku di beberapa daerah di lima negeri termasuk Putrajaya hingga esok.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), amaran hujan berterusan itu dijangka berlaku di Kemaman, Terengganu; Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang.
Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi tiga daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang serta Negeri Sembilan membabitkan Seremban dan Port Dickson.
“Amaran hujan berterusan bagi kategori buruk pula hingga esok dijangka berlaku di beberapa daerah di lapan negeri iaitu Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan Melaka dan Johor.

Menurut METMalaysia, amaran hujan berterusan kategori buruk turut dikeluarkan di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin di Pahang; serta Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
Katanya, amaran sama dikeluarkan bagi daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan serta Tangkak, Segamat dan Muar di Johor.
“Amaran hujan berterusan kategori waspada hingga esok pula membabitkan beberapa daerah di Kedah, Perak dan Johor serta keseluruhan Pulau Pinang serta Kelantan.
“Bagi Kedah, daerah yang dijangka berlaku hujan kategori waspada iaitu di Kulim dan Bandar Baharu; di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar selain Batu Pahang, Kluang dan Mersing di Johor,” katanya.
Amaran hujan lebat kategori bahaya di lima negeri hingga esok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Cadang Perbanyakkan Klinik Bantuan Guaman, Padankan Sistem Digital – Azalina
- BN Dominasi Sokongan, Tumpu Dekati Pengundi Putih – Bung Moktar
- Kami Komited Cari Penyelesaian, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pilih Pemimpin Ada Akses Kerajaan Demi Pembangunan Bongawan – Mohamad Alamin
You must be logged in to post a comment.