Selangor rangkul mata pertama, ikat Bangkok United 1-1
Selangor rangkul mata pertama, ikat Bangkok United 1-1

Kuala Lumpur: Selangor FC akhirnya meraih mata pertama dalam kempen Liga Juara Juara Asia 2 (ACL2) 2025-2026 selepas mengikat Bangkok United 1-1 pada aksi kelima di halaman lawan, sebentar tadi.
Bangkok Angels turun dengan barisan terkuat termasuk Patiwat Khammai selaku benteng terakhir, manakala Muhsen Al Ghassani mengetuai jentera serangan pasukan tuan rumah.
Selangor turut menurunkan kesebelasan terbaik dengan Kalamullah Al Hafiz di gawang, Picha Autra sebagai penggerak tengah dan Willian Lira sebagai taruhan utama di depan.
Bangkok United bermula garang dengan beberapa serangan awal yang banyak digerakkan Muhsen, namun Selangor kekal tenang mengawal tekanan biarpun tuan rumah melancarkan asakan bertubi-tubi.
Separuh masa pertama menyaksikan Bangkok Angels menguasai hampir keseluruhan permainan, tetapi ketangkasan Kalamullah menjadi pemisah apabila menafikan beberapa percubaan berbahaya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry
Aksi 45 minit pertama berakhir tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua, tempo permainan meningkat dan Bangkok United akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke 51 menerusi Phumichantuk yang mudah menyambar bola selepas rembatan Muhsen gagal ditangkap kemas Kalamullah.
Tersentak dengan jaringan itu, Selangor mula melancarkan serangan balas namun Patiwat Khammai tampil cemerlang menidakkan beberapa percubaan The Red Giants.
Bangkok United terus menguasai permainan sehingga ke penghujung separuh masa kedua.
Namun segalanya berubah pada masa kecederaan apabila Chrigor Moraes muncul penyelamat Selangor dengan jaringan penyamaan yang memadam tekanan sepanjang aksi, sekali gus memastikan satu mata berharga untuk pelawat.
Perlawanan tamat 1-1, dengan Selangor membawa pulang mata pertama mereka dalam saingan ACL2 musim ini.
Selangor rangkul mata pertama, ikat Bangkok United 1-1
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
- Kombinasi Jentera Lonjakkan Suasana Kempen, Keyakinan Rakyat Pilih BN
- Kita Teruskan Gerak Kerja Hingga Tempoh Berkempen Berakhir – Redzuan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Shahnon Fokus Penyelesaian Infrastruktur Asas Dan Pemerdayaan Belia
You must be logged in to post a comment.