PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi

KOTA KINABALU, 26 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mengingatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai khususnya supaya menilai rekod pencapaian parti atau calon sebelum membuat keputusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ini.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka itu berkata pengundi tidak seharusnya membuat pilihan berasaskan persepsi, sebaliknya meneliti hasil gerak kerja serta rekod pentadbiran sebelum ini.
“Kita harus lihat hasil gerak kerja terutamanya parti Barisan Nasional yang mempunyai trek rekod yang begitu baik mentadbir negara dan juga negeri Sabah ini. Sabah dulu dari segi pembangunannya maju melalui pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
“Dan kita bikin balik Sabah ini dan saya memberi kepercayaan kepada parti kita Barisan Nasional akan mentadbir Sabah ini dengan begitu baik,” katanya kepada UMNO Online.
Seterusnya, Abdul Razak berkata BN mampu membawa kepada kestabilan politik, sekali gus menyumbang kepada kesinambungan hala tuju pembangunan dan ekonomi negeri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
“Saya mohon dan rayu kepada semua pengundi di kawasan DUN Karambunai ini terutamanya dan di kawasan-kawasan DUN lain yang Barisan Nasional meletakkan calon, berilah sokongan untuk menstabilkan kembali kerajaan di Sabah ini.
“Tak ada parti lain yang boleh menstabilkan keadaan politik di Sabah ini selain Barisan Nasional kerana kita ada trek rekod yang begitu baik. Hampir 60 tahun kita mentadbir negara ini dan Sabah juga sewaktu pentadbiran Barisan Nasional begitu stabil dari segi politik. Kerana bila kestabilan politik itu ada dari segi ekonomi dan sebagainya akan stabil juga,” katanya.

Berhubung dengan sokongan rakyat terhadap calon BN di DUN Karambunai, Abdul Razak memaklumkan bahawa maklum balas diterima sepanjang siri kempen di lapangan menunjukkan peningkatan sokongan terhadap Datuk Yakub Khan.
Beliau berkata perkara itu dapat dilihat melalui kehadiran pengundi dalam program jelajah serta sesi bertemu masyarakat di pelbagai lokasi termasuk kampung, kawasan sungai, pesisir pantai dan tempat riadah.
“Lebih-lebih lagi calon ini bukan asing di kawasan DUN Karambunai ini. Ini adalah penggal yang kedua beliau menawarkan diri di Dun Karambunai ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN Sabah: Gunakan Peluang Undi Awal Tentu Hala Tuju Sabah – Bung Moktar
- Rakyat Beri Reaksi Positif Kepada BN, Mohamad Seru Jentera Perkemas Gerak Kerja
- Warisan, GRS Sudah Diberi Peluang… Hanya BN Bawa Pembangunan, Kemajuan Sabah
PPBM & Armada Johor Umpama “Tin Kosong”, Pemuda UMNO Tegur Tindakan Politik Sensasi
“Maklum balas daripada pengundi ataupun rakyat di sini mereka mngharapkan calon Barisan Nasional ini boleh mewakili mereka di DUN Karambunai ini,” katanya lagi yang telah berkampung di sini hampir tiga minggu, membantu jentera tempatan berkempen.
Beliau menambah pengundi menyatakan harapan agar wakil yang dipilih kelak mampu membawa suara mereka di peringkat negeri, selain menyumbang kepada pembentukan pentadbiran yang stabil.
Justeru itu, berbaki beberapa lagi menjelang hari pengundian, Abdul Razak berpesan kepada jentera agar kekalkan momentum dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memenangi hati pengundi-pengundi supaya memilih calon BN. – UMNO ONLINE
PRN Sabah: Abdul Razak Ingatkan Pengundi Nilai Rekod Prestasi, Bukan Persepsi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Memilih: Calon Muda BN Sifatkan Tawaran Untuk Anak Muda Paling Realistik
- Rakyat Sabah Perlukan Hubungan Erat Kerajaan Negeri Dengan Pusat, Pacu Pembangunan
- Aspirasi Rakyat Banggi Amanah Saya – Normalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Manifesto BN Berasaskan Keperluan Masyarakat Sabah – Dr Zambry
You must be logged in to post a comment.