Pembaikan cerun di Taman United dijangka bermula akhir minggu ini – DBKL
Pembaikan cerun di Taman United dijangka bermula akhir minggu ini – DBKL
KUALA LUMPUR: Kerja pembaikan cerun di Jalan Sepadu 7, Taman United di sini, dijangka bermula dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi bergantung kepada keadaan cuaca, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL dalam kenyataan memaklumkan kerja pembersihan di kawasan terjejas sedang giat dilaksanakan, termasuk pengeluaran batu kecil dan bongkah batu besar dari lokasi.
Menurutnya, kerja pembaikan cerun hanya dapat dimulakan sebaik kerja pembersihan selesai sepenuhnya dan keadaan cuaca mengizinkan.
“Sebaik saja kerja pembersihan selesai, kerja pembaikan cerun akan dimulakan dan dijangka bermula dalam tempoh tiga hingga empat hari, bergantung kepada keadaan cuaca.
“Pihak perunding geoteknikal turut akan menjalankan siasatan tanah dan menyediakan laporan geoteknikal bagi menilai tahap keselamatan cerun.
“Penduduk yang terjejas hanya akan dibenarkan kembali ke kediaman masing masing selepas laporan itu mengesahkan keadaan cerun selamat untuk diduduki,” katanya.
DBKL menegaskan pihaknya kekal memantau keadaan cerun dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan penduduk sehingga keadaan pulih sepenuhnya.
Kelmarin, dilaporkan dua bangunan pangsapuri di Blok C membabitkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh di sini diarahkan dikosongkan susulan berlaku pergerakan tanah akibat tanah runtuh di kawasan cerun berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kempen Kian Meriah, Zaidy Turun Bantu Bung Di Lamag
- PRN Sabah: Perkukuh Kesatuan Jentera Demi Kemenangan 29 Nov Nanti – Awang Aslee
- MyGig Chapter Sabah Buka Lembaran Baharu Ekonomi – SUA My Gig
Amaran Banjir: Reezal Merican Seru Warga Bertam, Kepala Batas Berwaspada
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.02 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh bersama dua jentera dengan kekuatan 11 anggota ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, hari ini mengesahkan hanya 52 unit kediaman di satu dari dua bangunan blok terbabit diarah untuk dikosongkan dengan kesemua penghuni mematuhi arahan membabitkan 83 penghuni.
Pembaikan cerun di Taman United dijangka bermula akhir minggu ini – DBKL

You must be logged in to post a comment.